Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[164]

 

 

 

 

Alkitab [164]

(Edisi 2.0 19960518-19990920)

 

Adakah Alkitab Kristian firman yang diilhami Tuhan yang maha kuasa dan mengasihi seperti yang didakwa beberapa orang, atau adakah ia cuma satu koleksi tulisan-tulisan orang bijaksana seperti yang didakwa orang lain? Karya ini adalah respon kepada pertanyaan dari sebuah persatuan Jemaat Roman Katolik yang mengajar bahawa Alkitab bukanlah satu-satunya panduan iman.

 

 

 

Christian Churches of God

PO Box 369,  WODEN ACT 2606,  AUSTRALIA

 

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta  ã 1966, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:

http://www.logon.org and http://www.ccg.org

 


 

Alkitab [164]



Kami telah dihubungi anggota-anggota sebuah persatuan Jemaat Roman Katolik. Mereka nampaknya memikirkan bahawa mereka yang percaya bahawa Alkitab adalah firman yang diilhami Tuhan, adalah salah. Jurucakapnya menulis:

Adakah kamu mempunyai maklumat tentang kenapa kamu percaya bahawa Alkitab itu diilhami? (Pendirian kami tentang pengilhamannya pastinya akan berbeza.) Kami juga ingin tahu bukti alkitabiah bahawa Alkitab adalah satu-satunya panduan iman, dan mengapakah doktrin ini tidak dipercayai sesiapapun sehinggalah Martin Luther mengisytiharkannya 1500 tahun selepas Kristus. Adakah semuanya selama ini berbuat salah selama 1500 tahun? Jika Alkitab adalah satu-satunya panduan iman, bagaimanakah umat-umat Kristian awal yang hidup sebelum Perjanjian Baru dirasmikan di Constantinople pada tahun 381 mengetahui apakah ajaran-ajaran Kristus? Kami tegaskan bahawa doktrin ini bukan alkitabiah tetapi adalah, sebaliknya, doktrin Lucifer.

 

Surat ini juga mengandungi pernyataan menarik bahawa:

Jemaat Katolik, dalam ajarannya, tidak mendakwa mempunyai hak untuk mengubah ajaran alkitab, dan ia tidak pernah berbuat demikian. Mengenai soal mengubah hari Sabat, kami percaya bahawa tidak ada doktrin Kristus yang mewajibkannya terus tetap pada hari Sabtu. Sebagai umat Katolik, kami percaya bahawa, disebabkan ia bukan perkara kedoktrinan, Jemaat berhak mengubahnya dan bahawa hak kuasa ini telah diberikan kepadanya oleh Kristus. Kebangkitan Kristus dan segala yang diliputinya adalah sebab utama bagi perubahan itu.

 

Ini adalah kedudukan klasik yang disebutkan oleh nabi Daniel apabila dia memperkatakan tentang binatang keempat itu iaitu sistem Rom yang akan menggantikan sistem Yunani yang merupakan binatang ketiga. Binatang [Rom] keempat ini berusaha mengubah waktu dan hukum.

Daniel 7:19-28 19 Lalu aku ingin mendapat penjelasan tentang binatang yang keempat itu, yang berbeda dengan segala binatang yang lain, yang sangat menakutkan, dengan gigi besinya dan kuku tembaganya, yang melahap dan meremukkan dan menginjak-injak sisanya dengan kakinya; 20 dan tentang kesepuluh tanduk yang ada pada kepalanya, dan tentang tanduk yang lain, yakni tanduk yang mempunyai mata dan yang mempunyai mulut yang menyombong, yang tumbuh sehingga patahlah tiga tanduk, dan yang lebih besar rupanya dari tanduk-tanduk yang lain. 21 Dan aku melihat tanduk itu berperang melawan orang-orang kudus dan mengalahkan mereka, 22 sampai Yang Lanjut Usianya itu datang dan keadilan diberikan kepada orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi dan waktunya datang orang-orang kudus itu memegang pemerintahan. 23 Maka demikianlah katanya: Binatang yang keempat itu ialah kerajaan yang keempat yang akan ada di bumi, yang akan berbeda dengan segala kerajaan dan akan menelan seluruh bumi, menginjak-injaknya dan meremukkannya. 24 Kesepuluh tanduk itu ialah kesepuluh raja yang muncul dari kerajaan itu. Sesudah mereka, akan muncul seorang raja; dia berbeda dengan raja-raja yang dahulu dan akan merendahkan tiga raja. 25 Ia akan mengucapkan perkataan yang menentang Yang Mahatinggi, dan akan menganiaya orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi; ia berusaha untuk mengubah waktu dan hukum, dan mereka akan diserahkan ke dalam tangannya selama satu masa dan dua masa dan setengah masa. 26 Lalu Majelis Pengadilan akan duduk, dan kekuasaan akan dicabut dari padanya untuk dimusnahkan dan dihancurkan sampai lenyap. 27 Maka pemerintahan, kekuasaan dan kebesaran dari kerajaan-kerajaan di bawah semesta langit akan diberikan kepada orang-orang kudus, umat Yang Mahatinggi: pemerintahan mereka adalah pemerintahan yang kekal, dan segala kekuasaan akan mengabdi dan patuh kepada mereka. 28 Sekianlah berita itu. Adapun aku, Daniel, pikiran-pikiranku sangat menggelisahkan aku, sehingga aku menjadi pucat; dan aku menyimpan hal itu dalam ingatanku."

 

Dari teks ini, terdapat dua elemen bagi pekerjaan binatang ini. Pertama, ia berusaha mengubah waktu dan, kedua, hukum. Sistem ini telah diserahkan kepada mereka untuk menganiaya orang-orang kudus, umat Yang Mahatinggi untuk satu masa, dua masa dan setengah masa iaitu 1,260 hari-tahun nubuatan. Tempoh in mencapai kemuncak kuasanya dari tahun 590 TM dengan deklarasi Empayar Roma Suci dan berkekalan sehingga tahun 1850 apabila empayar ini dibubarkan oleh perang-perang revolusi di Itali. Sistem akan dibaham dan dibinasakan hingga zaman akhir. Ini kini semakin cepat.

 

Apa yang kita pentingkan di sini adalah implikasi-implikasi teks-teks Alktab itu. Konsep-konsep di sebalik pernyataan-pernyataan ini berbelit-belit di dalam proses mereka namun pada asasnya timbul dari ketidakmampuan untuk memahami sifat serta aktiviti-aktiviti Tuhan melalui MesiasNya dan hamba-hambaNya para nabi. Hakikat bahawa perintah keempat Tuhan boleh dianggap sebagai bukan ajaran alkitabiah adalah, bagi seseorang yang tidak biasa dengan cara pemikiran Katolik, begitu menakjubkan sekali bidaahnya.

 

Pernyataan-pernyataan itu juga menunjukkan tiadanya pemahaman tentang kedudukan Jemaat Roma berkaitan hak tanggapannya untuk mengubah hukum-hukum Tuhan kerana kuasa yang kononnya diberikan kepadanya oleh Kristus. Ini berpunca dari kedudukan doktrin Trinitas yang cuba meninggikan Kristus bersama Tuhan dan merupakan tujuan tepat penghasilan doktrin trinitarian sejak permulaannya oleh orang Kapadokia. Seperti yang kita tahu, dan seperti yang ditunjukkan oleh Bacchiocchi, pertukaran hari Sabat kepada hari Minggu bersandar pada wibawa sidang-sidang Jemaat Katolik, Roman dan Ortodoks Yunani, untuk mengubah hari ibadah dari hari Sabat seperti yang ditetapkan dalam perintah-perintah itu kepada hari Minggu yang berpunca dari pengaruh-pengaruh lain. Perubahan ini bersandar pada Sidang-sidang tersebut dan bukan yang lain. Malah, umat Protestan akan menghadapi kesukaran besar dengan dakwaan-dakwaan pertubuhan Katolik ini bila mereka cuba mendakwa adanya sokongan alkitab untuk perubahan ini, sedangkan tidak ada. Bersandar pada wibawa Sidang-sidang Jemaat Katolik dalam pelbagai bentuknya iaitu Jemaat Ortodoks, Roman dan Anglican adalah laknat kepada kebanyakan umat Protestan.

 

Martin Luther adalah seorang Protestan, dari aliran Katolik Athanasia, dan dengan itu bukan sebahagian dari Jemaat Allah. Jemaat telah berpegang pada doktrin pengilhaman ilahi Alkitab sejak ia diberikan oleh Kristus dengan para rasul. Jemaat pada waktu Reformasi tidak menganggap Luther sebagai sebahagian daripadanya. Malah dia dan Reformasi Protestan telah menjadi masalah berat bagi Jemaat Allah oleh kerana pemahaman anti-Katoliknya yang bersifat luaran yang gagal pergi lebih jauh dari ajaran-ajaran Augustine, dan dengan itu gagal di dalam matlamatnya.

 

Pengajaran bahawa pandangan terhadap Kitab Suci ini adalah sesuatu yang dibentuk merupakan pandangan moden yang berdasarkan teori agama-agama berkembang. Hujah bahawa Alkitab adalah karya yang direka berpunca dari pengkritikan teks moden. The Interpreter’s Dictionary of the Bible (Abingdon, Nashville, 1962, Vol. 1, art. Canon of the Old Testament, halaman 498 dan seterusnya) mengatakan bahawa tiada satupun buku yang pernah dianggap sebagai firman Tuhan sebelum tahun 621 SM berdasarkan teks pada 2 Raja-raja bab 22 dan 23. Pandangan ini nampaknya didasarkan pada penemuan Kitab Taurat dalam Bait Suci oleh imam Hilkia yang telah menyerahkannya kepada ahli-ahli Taurat untuk raja, yang kemudiannya membawa kepada reformasi Yosia. Pandangan tersebut nampaknya berdasarkan hakikat bahawa Kitab Taurat itu tidak dituruti pada waktu itu. Ini memang bodoh sekali. Alkitab menjelaskan dalam 2 Raja-raja 23 hanya tahap-tahap kemerosotan berhala yang dicapai bangsa itu. Para imam memberi korban kepada Baal dan untuk Asyera dan Bait Suci dipenuhi patung-patung berhala dan Asyera, dan pelacur-pelacur lelaki tinggal di dalam rumah-rumah dalam Bait itu dan kaum perempuan menenun di situ untuk Asyera atau bentuk zakar (2 Raja-raja 23:7). Pencemaran ini berleluasa di seluruh Yehuda dan anak-anak dikorbankan kepada Molokh di Tofet yang ada di lembah Ben-Hinom (2 Raja-raja 23:10). Penjelasan yang lebih tepat lagi adalah bahawa Taurat dan Kitab-kitab sehingga masa itu telahpun berusia dan diletakkan di dalam Bait Suci untuk disimpan. Para penduduk umumnya telah jatuh ke tahap-tahap kerosakan akhlak dan keberhalaan luar biasa. Imam Hilkia adalah seorang hamba taat yang melindungi teks-teks itu dan membawanya kepada Yosia, melalui ahli-ahli Taurat itu, yang diharapnya akan bertindak sesuai. Pemulihan Yosia membabitkan elemen-elemen seluruh hukum itu termasuk Ulangan dan dengan itu kita tahu bahawa pada zaman Yosia, Pentateuch (Lima kitab pertama Alkitab) telahpun sempurna.

 

Pandangan perkembangan moden, yang menyangkal penyempurnaan awal kitab-kitab Pentateuch, mungkin dapat digambarkan dengan baik sekali di dalam komen-komen dari Interpreter’s Dictionary of the Bible (pada halaman 500).

Kesusasteraan terawal orang Israel, bertarikh dari zaman Musa atau lebih awal lagi, terdiri dari puisi sajak (Kejadian 4:23-24; Keluaran 15:21; Bilangan 21:17-18) atau mengenai Kanaan (Kod Perjanjian: Keluaran 21:2-11,18-22; 21:26-22:17; serta dialog ritual: Keluaran 23:12,15-17; 22:29-30,18-19).

 

Antara Musa dan Salomo, Nyanyian Debora (Hakim 5) dan puisi-puisi lain, contohnya dua elegi Daud (II Samuel 1:18-27; 3:33-34), telah digubah; dan cerita-cerita Adam, kaum bapa, serta hakim-hakim telah disebarkan secara lisan. Penulisan prosa pada waktu terbaiknya bermula pada zaman Salomo (sekitar 975-935 SM) dan bidangnya meluas dari cerita fiksyen (cerita-cerita tentang Simson dalam Hakim-hakim 13-16) hingga penulisan sejarah yang baik sekali (biografi Daud, yang mungkin ditulis Ahimaas anak Zadok). Puisi-puisi terbaik dari zaman ini adalah Kejadian 49; Mazmur 24:7-10.

 

Kesusasteraan terbaik Kerajaan Utara (935-722) dikekalkan sedikit dalam beberapa puisi (Bilangan 23:7-10, 18-24; Ulangan 33; Mazmur 45), dalam sisa-sisa Sejarah Raja-raja Israel, dalam cerita-cerita Elia dan Elisa, dalam Dokumen E dari Pentateuch, dalam sumber lewat Yosua dan Hakim-hakim dan dalam firman-firman nubuatan Hosea. Pada waktu itu, dengan pengecualian Dokumen J dan beberapa firman nubuatan yang hebat (Amos, Yesaya, Mikha), literatur Kerajaan Selatan tidak sama baiknya. Zaman klasikal ini berakhir di Yehuda dengan kejatuhan Yerusalem pada tahun 586 SM, namun ia masih termasuk satu karya agung puisi (Nah. 1:10 dst) serta bahagian paling awal dan paling cerdas buku Amsal (bab 25-27).

 

Sesudah Yeremia, nubuatan mula merosot (Zefanya, Habakuk), namun menginspirasikan Kitab Taurat (Ulangan 5-26; 28), yang ditemui di dalam bait pada tahun 621 SM. Bahagian-bahagian Pentateuch serta buku-buku sejarah yang ditulis pada zaman ini, begitu juga, adalah lebih rendah mutunya dari prosa yang lebih awal itu.

 

Dengan pengecualian Ayub serta Yesaya Kedua (Yesaya 40-55), abad keenam tiada karya-karya yang menonjol: beberapa mazmur, amsal, dan kitab Ratapan menggambarkan puisi yang panjang dan menunjuk-nunjuk pada zaman itu; Yehezkiel, Hagai, dan Zakharia menggambarkan kemerosotan nubuatan; Kod Kesucian (Imamat 17-26) menggambarkan hukum zaman ini.

 

Dua abad berikutnya kekurangan karya agung kesusasteraan – prosa terbaik ditemui dalam Nehemia, Rut, Yunus; Kod Keimamatan (sekitar tahun 450) serta edisi terakhir Pentateuch (sekitar tahun 400) merupakan pembuka zaman baru, dan telah memudaratkan nubuatan (Yesaya 56-66; Obaja, Maleakhi; Yoel; dan tambahan-tambahan kepada kitab-kitab nubuatan),  yang pada akhir tempoh ini menjadi wahyu. Puisinya ((Ulangan 32; Keluaran 15:1-8; Nah. 1:1-9; Habakuk 3; 1 Samuel 2:1-10; banyak mazmur dan amsal) semakin rumit dan bermegah diri.

 

Pada abad ketiga dan kedua, puisi terbaik adalah di dalam Kidung Agung, Ecclesiasticus, Pengkhotbah, dan mazmur-mazmur lewat; prosa terbaik adalah di dalam Tawarikh dan Ester; Daniel merupakan wahyu terkemuka (selain Yesaya 24-27; Zakharia 9-14); edisi terakhir kitab-kitab nubuatan (Yesaya, Yeremia, Yehezkiel, dan kitab nabi-nabi minor) sekitar 200 SM menandakan kematian nubuatan.

 

Dakwaan-dakwaan bahawa Yeremia telah mengilhami kitab hukum taurat adalah tekaan yang melampau. Sepatutnya jelas bahawa pemulihan Yosia membabitkan elemen-elemen hukum yang terkandung dalam setiap teks itu termasuk Ulangan.

 

Apakah kedudukan Alkitab? Apakah yang dikatakan Tuhan melalui hamba-hambaNya para nabi?

 

Kedudukan Alkitab

 

Alkitab diberi nafas Tuhan (SGD 2315). Seluruh Kitab Suci diberikan oleh ilham Tuhan (2 Timotius 3:16). Ayub 32:8 menunjukkan aktiviti pengilhaman Tuhan. Pemahaman diberikan kepada manusia melalui pengilhaman Tuhan. Kamu tidak akan dapat memahami Alkitab melainkan fikiranmu dibuka kepada rahsia-rahsia Tuhan. Kepada umat pilihan diberikan karunia untuk mengetahui rahsia Kerajaan Tuhan dan syurga (Matius 13:11; Lukas 8:10). Umat pilihan, dari baptisan mereka, dan berserta para penatua, dijadikan pelayan-pelayan rahsia Tuhan (1 Korintus 4:1; 13:2) (lihat karya Rahsia-rahsia Tuhan (No. 131)).

 

Kristus mengajar bahawa Kitab Suci tidak boleh dibatalkan (Yohanes 10:35). Ia harus digenapi (Kisah 1:16). Kristus sendiri merupakan sebahagian dari penggenapannya (Yohanes 13:18; 17:12; 19:24,28,36-37; 20:9). Kristus mengatakan bahawa satu iota atau titikpun (bahagian-bahagian terkecil teks-teks Perjanjian Lama) tidak akan ditiadakan dari hukum taurat itu sebelum semuanya terjadi (Matius 5:18; Lukas 16:17). Hukum utama adalah menurut Kitab Suci (Yakobus 2:8,23) dan Kitab Suci adalah tanpa alasan (Yakobus 4:5). Petrus berbicara mengenai Kitab Suci (1 Petrus 2:6) dan percaya bahawa nubuatan atau Kitab Suci tidak boleh ditafsir mengikut kehendak sendiri (2 Petrus 1:20).

 

Adakah ini memberikan penghimpunan Alkitab kepada pihak-pihak lain? Bilakah ajaran yang menafikan pengilhaman ilahi Alkitab serta kedudukannya sebagai dasar iman ditetapkan?

 

Kita tahu bahawa kanun Perjanjian Lama dihormati sebagai firman Tuhan sejak zaman-zaman terdahulu. Penempatan Tablet-tablet hukum taurat di dalam tabut Perjanjian itu serta penulisan hukum taurat pada sisi tabut itu merupakan arahan-arahan yang telah diikuti Israel dan sudahpun menjadi kuno menjelang zaman Yosia.

 

Orang-orang purba menganggapnya satu hakikat bahawa makhluk-makhluk syurgawi mampu dan memang telah menunjukkan diri mereka kepada manusia (Yehezkiel 33:11; Iliad 1:193-218 dsb; Gilgamesh Epic, bk. 6). Tuhan juga menunjukkan diriNya di dalam visi (1 Raja-raja 22:19-22; Yesaya 6; Ayub 4:12-17) dan mimpi (Kejadian 28:12-15). Kemampuan ini juga dicirikan kepada Bani Syurgawi oleh orang dahulukala (Iliad I:63; II:5-15; Gudea Cylinder A, cols I-VII). Lebih lazim lagi, ilahi berbicara melalui hamba-hambaNya para nabi (contohnya dalam Alkitab Amos 3:8; 7:15-17 dsb). Fungsi ini juga difahami dari Vergil (Aeneid VI:45-97 dsb). Ramalan, dalam kedua-dua cara semulajadi, iaitu, melalui pengilhaman ilahi dan cara-cara tiruan yang menggunakan petanda-petanda, juga digunakan untuk memastikan kehendak Tuhan (1 Samuel 28:6) dan juga kehendak Bani Syurgawi (lihat karya Cicero On Divination II:26).

 

Maka pengilhaman dianggap remeh oleh orang-orang dahulukala namun pengilhaman ilahi Yehovah atau malaikatNya dibezakan (contohnya untuk tablet-tablet batu (Keluaran 31:18)). Yehovah juga dibezakan dari ucapan-ucapan seorang peramal dari teks dalam 1 Samuel 9:9 dan para pengamal ilmu sihir dikecam di dalam Ulangan 18:9-12.

 

Kitab Suci Berkanun mempunyai asalnya dalam para nabi dan disahkan oleh Raja, para imam dan jemaat. Perkataan untuk nabi bermakna apa yang dimasukkan lazimnya bagi pesanan-pesanan yang tidak disukai (Yeremia 20:7-9). Pihak orang pertama (Aku) dalam teks-teks ini adalah Yehovah (Amos 4: 6-11; 5:21-24 dsb). Interpreter’s Dictionary of the Bible (Kamus Alkitab Penterjemah) (halaman 501) berpendapat bahawa nabi Amos (sekitar 750 SM) tidak diilhamkan sehinggalah lima abad kemudiannya. Jika begitulah keadaannya, maka agak luar biasa perhatian yang diberikan kepada satu karya yang dikatakan tidak diilhami. Bagaimanapun, komen-komen seperti itu tidak memberi penghargaan kepada struktur jemaat Tuhan mahupun interaksiNya dengan mereka.

 

Kanun yang diilhamkan timbul dari Musa dan berakhir dengan Ezra dan Nehemia (Jos. Apion I:viii; 2 Esdras 14:44-46; rujuk Mazmur 74:9; 1 Macc. 4:46; 9:27; 14:41; rujuk Interp. Dict., halaman 501). Tulisan-tulisan Kewahyuan (Apocrypha) tidak dianggap sebagai sebahagian dari kanun sehinggalah sistem Roma memasukkannya. Kanun Yahudi akhirnya selesai ditentukan dan ditutup untuk selamanya dari tahun 90 TM (lihat Interp. Dict., halaman 514).

 

Perjanjian Lama bermula dengan sejarah bangsa-bangsa di dalam Kejadian dan menemukan bentuk pertamanya sebagai satu kitab dengan hukum taurat di dalam (Ulangan 10:5) dan di luar tabut (Ulangan 31:26).

 

Kanun Ibrani

 

Kanun Ibrani terdiri dari satu siri kategori:

  1. Kitab Taurat atau Torah

Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, Ulangan

  1. Kitab Para Nabi atau Nebhi’im

Nabi-nabi Awal: Yosua, Hakim-hakim, Samuel, Raja-raja

Nabi-nabi Akhir: Yesaya, Yeremia, Yehezkiel, dua belas nabi minor

 

  1. Tulisan-tulisan Ketubbhim

Puisi: Mazmur, Amsal, Ayub.

Lima Skrol: Kidung Agung, Rut, Ratapan, Pengkhotbah, Ester.

Nubuatan: Daniel

Sejarah: Ezra-Nehemia, 1-2 Tawarikh.

 

Dalam Kitab Talmud (Baraita B.B 14b) susunannya adalah seperti berikut: Pentateuch (Lima Kitab pertama), Kitab Para Nabi (Yosua, Hakim-hakim, Samuel, Raja-raja, Yeremia, Yehezkiel, Yesaya, nabi-nabi minor), Tulisan-tulisan (Rut, Mazmur, Ayub, Amsal, Pengkhotbah, Kidung Agung, Ratapan, Daniel, Ester, Ezra [dengan Nehemia], Tawarikh).

 

Untuk susunan-susunan berlainan dalam buku dan manuskrip, perhatikan karya S. Singer, ed., The Jewish Encyclopedia, III, 144. Untuk susunannya dalam LXX, lihat H. B. Swete, Introduction to the Old Testament in Greek (1914), halaman 201-214 (rujuk Interp. Dict., halaman 514).

 

Kitab-kitab Perjanjian Lama ini dipanggil oleh orang Yahudi sebagai Firman-firman Tuhan (Theou Logia) (Aristeas 177). Philo memanggilnya firman-firman wahyu ilahi (Legation to Caius 31 [II, 577, Mangey]). Dia mengatakan bahawa Musa telah menulis Pentateuch mengikut ilham ilahi (Life of Moses II.2 [II,136, Mangey] III.23 [II,163 Mangey]). Josephus memanggilnya dekri-dekri Tuhan (Apion I, viii).

 

Ini sejajar dengan sentimen dalam Alkitab sendiri bahawa ia adalah firman Tuhan (Keluaran 20:1,22; 21:1; 25:1; Imamat 1:1; 4:1; 6:1; 8:1; dsb.; Yeremia 1:1-2; Yehezkiel 1:3).

 

Kamus Alkitab Penterjemah berpendapat, dari teks pemulihan Yosia, bahawa para nabi membuat keputusan sama ada suatu kitab itu diilhami ilahi atau tidak (2 Raja-raja 22:14-16), dan ia diisytiharkan sebagai kanun oleh raja dan umat (2 Raja-raja 23:2-3) atau oleh para imam/pendeta dan umat (Nehemia 10:28-29). Ini adalah dongeng. Yosia dan umat itu telah bertaubat dari dosa mereka apabila mereka melihat bahawa bangsa mereka telah jatuh ke dalam kemurtadan yang begitu besar sekali. Mereka telah memperbaharui perjanjian yang telah dibuat moyang mereka dengan Tuhan  mengikut Kitab Taurat purba. Ini meniadakan hipotesis perkembangan dan kerana itu satu kes lagi perlu dibuat untuk teks itu, selain dari kata-katanya yang ringkas, yang tidak masuk akal sekali. Tidak dinafikan bahawa pengkanunan teks-teks itu diterima atau disahkan oleh raja dan umat namun itu tidak mengubahsuai ciri purba teks itu, ataupun pengkanunannya sebelumnya (Mazmur 119 merujuk). Ujian pengkanunan terkandung di dalam Yesaya 8:20; iaitu ia haruslah menurut hukum taurat dan kesaksian. Oleh sebab itu, tiada apapun yang bercanggahan dengan hukum taurat atau teks-teks kanun yang diilhamkan yang diterima sebelumnya boleh dianggap sebagai karya yang diilhami ilahi

 

Pihak-pihak penguasa rabbinikal menganggap bahawa hukum taurat atau Torah bersama dengan pertaubatan, firdaus (Eden), Gehenna, takhta kemuliaan, Bait syurgawi, dan nama Mesias telah dicipta sebelum dunia. Teks buktinya adalah Amsal 8:22. Kebijaksanaan dianggap serupa dengan Torah (Baraita Pesakhaim 54a). Ini seharusnya begitu kerana hukum terbit dari sifat Tuhan (lihat karya Perbezaan di dalam Hukum (No. 96) dan siri Hukum secara umumnya). Maka hukum taurat dipercayai mendahului penciptaan fizikal. Ianya dikait bersama dengan masalah-masalah yang kita lihat dengan Bani derhaka, dari hubungannya dengan Bait syurgawi. Eden, atau firdaus, juga adalah benda angkasa raya di samping benda fizikal seperti yang kita lihat dengan Adam.

 

Bagi Judaisme, Torah merupakan teras dalaman kanun itu. Tiada apa yang dinyatakan melalui para nabi yang tidak terkandung di dalam Torah. Pada dasarnya, ini adalah sentimen sama yang disuarakan Kristus pada Matius 22:40.

Matius 22:38-40 38 Itulah hukum yang terutama dan yang pertama. 39 Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. 40 Pada kedua hukum inilah tergantung seluruh hukum Taurat dan kitab para nabi."

 

Maka dua hukum besar ini menopang sepuluh perintah itu. Keduanya menjadi teras pusat keimanan. Sepuluh perintah ini menjadi pasak pada mana hukum taurat diberikan dan dikembangkan. Seluruh hukum dan kesaksian adalah menurut prinsip-prinsip ini dan tidak boleh ada sebarang percanggahan. Sesiapapun nabi yang tidak berbicara sesuai dengan perkataan itu, bukan lagi seorang nabi (Yesaya 8:20). Raja mengerjakan tugas hakim tertinggi (2 Samuel 15:2-6), namun dia sendiri tidak bebas dari hukum itu dan diikat olehnya (2 Samuel bab 11-12).

 

Tradisi-tradisi (B. B 14b-14a) menyifatkan peranan-peranan penting dalam pengkanunan kepada Hizkia dan college-nya dalam kompilasi Yesaya, Amsal (rujuk Amsal 25:1), Kidung Agung dan Pengkhotbah. Tokoh-tokoh Bait Besar diberi penghargaan sebagai penghimpun Yehezkiel, dua belas Nabi minor, Daniel dan Ester. Nehemia dipercayai melengkapkan Perjanjian Lama (rujuk 2 Macc. 2:13), yang juga dikaitkan kepada Judas Maccabeus (2 Macc. 2:14) dan juga kepada Ezra (2 Esdr. 14). Ianya diandaikan bahawa seluruh Perjanjian Lama telah disiapkan dan dikanunkan pada zaman Ezra dan Nehemia sewaktu pemerintahan Artahsasta (Jos. Apion I. viii) (disalahanggap sebagai Artahsasta I, contohnya oleh Interp. Dict – lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13)). Penutupannya juga dipercayai adalah pada zaman Alexander the Great (Seder Olam Rabba 30). Maka nabi-nabi akhir adalah Hagai, Zakharia, dan Maleakhi. Ezra dan Nehemia merupakan agen-agen Tuhan. Nehemia adalah orang yang diurapi yang pertama dari Daniel 9:25 (lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13)).

 

Dengan Nehemia dan Ezra, Kitab Suci akhirnya dikanunkan dengan lengkap, dan jangka masa kemudiannya berterusan sehingga tempoh tujuh puluh kali tujuh masa itu berakhir dengan kemusnahan Bait Suci dan pengusiran Yehuda serta hak kuasanya. Kepercayaan tradisi menyatakan bahawa Roh Kudus telah meninggalkan Yehuda pada zaman Ezra/Nehemia dan nubuatan terhenti. Memang sekali, ini adalah percubaan untuk mengurangkan impak Yohanes Pembaptis serta Mesias dan para rasul. Namun dalam ertikata bahawa Yehuda tidak lagi diuruskan oleh Tuhan selain melalui si Pembaptis, dan kemudiannya Jemaat dari Kristus, ini adalah benar.

 

Keputusan untuk menutup kanun ini untuk selamanya telah dibuat pada tahun 90 TM (Interp. Dict., ibid., halaman 514), dua puluh tahun selepas kemusnahan Bait Suci secara berkesannya mengakhiri tanggungjawab Yehuda terhadap firman-firman Tuhan, dan Tuhan mewahyukan semua nubuatan melalui Jemaat iaitu apa yang telah dilakukanNya dengan para rasul dan dengan Yohanes kira-kira 95 TM.

 

Perjanjian Lama dianggap sebagai Kitab yang diilhamkan ilahi oleh Judaisme (Philo On Flight and Finding I. 4 [546]; On the Special Laws 39, ss 214 [243]; I Clem. 45.2; 53:1) dan para rasul serta Jemaat secara umumnya sehingga zaman Origen (Yohanes 2:22; Kisah 8:32; 2 Timotius 3:16 dsb. Interp. Dict., halaman 499). Paulus merujuk kepadanya sebagai Suci dan Kudus (Roma 1:2; 2 Timotius 3:15). Ini juga adalah tulisan-tulisan (Yohanes 5:47). Ini hanyalah pandangan yang diterima seluruh Israel dan Jemaat sehingga wujudnya kumpulan-kumpulan murtad pada zaman Origen (lihat juga karya Philo The Life of Moses 2.51 ss 290,292 [179]; Josephus Antiq. I. iii. 13; X. iv. 210, dsb.). Penghimpunannya serta penerimaannya oleh Jemaat sebagai satu kitab tidak boleh diragukan (Markus 12:26; Lukas 3:4; 4:17; 20:42; Kisah 7:42; Galatia 3:10 dsb; lihat juga I Clem. 43:1; M. Yadaim 3.2, 5; 4:6; Shab. 16:1; ‘Er. 10:3; dsb).

 

Orang Yahudi kemudiannya merujuk kepada teks itu sebagai Apa yang dibaca (bandingkan dengan Quran) juga apa yang ditulis, kitab dan juga dua puluh empat kitab. Alkitab Ibrani mengira dua puluh empat buku dan membuat tiga divisi, Kitab Taurat, Kitab Para Nabi dan Tulisan-tulisan, seperti yang telah kita lihat. Karya-karya Kewahyuan (Apocrypha) tidak dimasukkan atau diterima oleh Jemaat awal sehinggalah waktu sidang-sidang kemudian dan walaupun begitu telah hanya diterima beberapa pihak Athanasia.

 

Kanun Perjanjian Baru

 

Tulisan-tulisan Perjanjian Baru telah dikumpulkan oleh Jemaat sebagai satu koleksi pandangan-pandangan para rasul mengenai apa yang merupakan kehendak Tuhan yang diilhami. Ini telah ditambah kepada Perjanjian Lama untuk membentuk kitab yang kita kenali sebagai Alkitab. Ini adalah berdasarkan pandangan tertentu terhadap Perjanjian Lama dan hukum-hukum Tuhan – iaitu: bahawa ia adalah kehendak Tuhan yang diilhamkan sebagaimana ia dinyatakan melalui hamba-hambaNya para nabi.

 

Davies mengatakan dalam ringkasannya mengenai persoalan Hukum di dalam Perjanjian Baru Interp. Dict., Vol. 3, halaman 102) bahawa:

Mereka semua menegaskan bahawa hukum taurat, sejauh mana ia adalah ekspresi kehendak suci Tuhan, tetap sah, diradikalkan, dan pada masa yang sama direlatifkan, oleh pernyataan kasih yang mutlak.

 

Sejarah kanun Alkitab boleh ditemui dalam karya Biskop Westcott mengenai Sejarah Kanun. Dakwaan-dakwaan bahawa Jemaat kemudiannya telah menganggap Perjanjian Baru sebagai lebih tinggi daripada Perjanjian Lama adalah palsu. Jemaat telah memandang Perjanjian Baru sebagai satu pelanjutan Kitab Suci serta pernyataan Tuhan. Ia sama-sama berkuasa dengan Perjanjian Lama namun tidak menyangkalnya ataupun melupuskan kuasanya. Sistem ortodoks kemudiannya telah mengambil pandangan-pandangan seperti itu namun keduanya tidak dimulakan ataupun disokong oleh Jemaat mula-mula.

 

Dakwaan-dakwaan telah dibuat oleh beberapa umat Katolik moden bahawa Sidang Constantinople telah menetapkan Alkitab dari pertimbangan-pertimbangan yang dibuatnya dan bahawa sebelum tarikh itu tidak ada teks Alkitab kukuh sepenuhnya. Ini memang palsu. Sidang Constantinople Quinisextine tahun 642 dirujukkan di bawah mengikut konteks.

 

Jemaat-jemaat era moden sama-sama bersetuju tentang apa yang membentuk kanun Perjanjian Baru, dalam semua dua puluh tujuh kitabnya, dan itu terus kekal sepanjang perpecahan-perpecahan hebat yang telah memecah-belahkan jemaat ortodoks sejak abad kelima, ke dalam abad kesembilan dan seterusnya ke dalam Reformasi Protestan. Jemaat-jemaat Allah juga telah sama-sama bersetuju sepanjang dua ribu tahun yang sudah tentang apakah yang membentuk kanun Perjanjian Baru.

 

Interpreter’s Dictionary of the Bible, dalam artikelnya Canon of the NT (Kanun Perjanjian Baru) pada halaman 520 dan seterusnya mengatakan:

Persetujuan ini telah dicapai sepenuhnya menjelang hujung abad kedua; kerana setibanya masa itu keempat injil itu, kitab Kisah Para Rasul, surat-surat Paulus (termasuklah tulisan-tulisan Pastoral namun lazimnya bukan Ibrani) serta dua atau lebih surat-surat Katolik (1 Yohanes, 1 Petrus dan kadangkala yang lain) telah diakui sebagai Kitab Suci dalam setiap bahagian jemaat. Masih ada lagi sebilangan kitab-kitab di samping yang kekanunannya masih dipertikaikan. Ibrani, Yakobus, II dan III Yohanes, II Petrus, Yudas dan Wahyu ditakdirkan memenangi penerimaan umum akhirnya; dan sebilangan besar tulisan-tulisan Kristian yang lain menikmati kekanunan sementara atau tempatan namun terbukti akhirnya tidak dapat mengekalkan kedudukannya yang tinggi. Menjelang hujung abad keempat, batas-batas koleksi itu telahpun ditetapkan tanpa bolehubah dalam jemaat-jemaat Yunani dan Latin dalam Empayar Rom.

 

Kanun jemaat Syria masih mempamerkan beberapa perbezaan besar, namun semua ini kebanyakannya diatasi dalam Peshitta (awal abad kelima), dan keseluruhannya dalam semakan-semakan Philoxenian (508) dan Harkleian (616) ke atas Perjanjian Baru dari Syria (lihat Versi-versi Ancient § 4). Harus dikatakan bahawa semakan-semakan ini tidak mengambil tempat Peshitta dalam sebahagian besar jemaat Syria, dan dengan itu masih menghadkan kanun Perjanjian Baru-nya kepada dua puluh dua buku, menolak buku Wahyu dan empat surat Katolik (sic) minor (II dan III Yohanes, II Petrus dan Yudas). Kanun Etiopia pula sebaliknya telah diperluaskan untuk memuatkan lapan kitab tambahan; dan Perjanjian Baru Gothic tidak pernah memasukkan Wahyu. Namun ketiga-tiga jemaat ini telah dipisahkan dari badan umum kekristianan Katolik oleh perbezaan-perbezaan yang jauh lebih mendalam daripada perselisihan-perselisihan sampingan  atas had-had kanun itu.

 

 

Perhatikan bahawa Peshitta tidak ditempatkan sebelum abad kelima dan dijadikan agar kelihatan berbeza dari keturunan Syria awal dari mana ia dihasilkan. Perbezaan antara dua kategori surat-surat kerasulan itu adalah berasaskan agama dan politik, dan kita akan memeriksa sebab-sebabnya di bawah.

 

Sekarang mari kita periksa proses perkembangan kanun Perjanjian Baru. Dengan pada itu kita akan mengikuti, lebih kurang, pendekatan tradisional divisi-divisi tersebut agar dapat menjadikan hujah-hujah lain lebih koheren lagi dengan proses yang akan kita kembangkan.

 

Hal pertama adalah bahawa Kristus tidak pernah meninggalkan apa-apa tulisan. Kata-katanya telah dikumpulkan oleh para rasul. Proses ini mengambil masa beberapa tahun, namun mungkin tidak sebanyak apa yang diinginkan kesarjanaan moden. Kanun telah dibahagikan kepada tiga peringkat:

 

1. Zaman kerasulan (hingga tahun 70 TM)

a. Tulisan-tulisan sebelum kejatuhan Bait Suci;

b. Tulisan-tulisan selepas kejatuhan Bait Suci.

 

2. Koleksi kanun (70 TM -  150 TM)

a. Koleksi surat-surat Paulus;

b. Penulisan injil-injil:

(i) Injil yang satu dan injil yang banyak

(ii) Kemunculan empat injil

(iii) Injil-injil yang boleh dikanunkan

 

c. Tulisan-tulisan Kristian sezaman yang lain:

(i) Tulisan-tulisan yang menjadi kanun  (seperti 1b di atas)

(ii) Tulisan-tulisan yang akhirnya ditolak.

 

3. Kemunculan kanun Perjanjian Baru (150-200 TM)

a. Penghormatan yang semakin bertumbuh terhadap para rasul;

b. Saksi-saksi terawal kepada injil-injil;

c. Kanun Marcion;

d. Kesan-kesan konflik dengan Gnostikisme dan masalah-masalah lain;

e. Para apologis dan orang mati syahih (165-180 TM);

f. Kanun Katolik (yang dikatakan) Lama;

g. Kesan-kesan Pengenalan Codex.

 

4. Penetapan kanun (sekitar 200-400 TM)

a. Origen;

b. Dionysius dari Alexandria;

c. Penganiayaan di bawah Diocletian;

d. Eusebius dari Caesaria;

e. Senarai-senarai Yunani yang lain dalam abad keempat;

f. Para penulis Latin abad ketiga dan keempat.

 

5. Pertumbuhan kanun dalam Jemaat Syria hingga 616 TM.

 

Zaman Kerasulan hingga 70 TM

 

Zaman ini merupakan zaman permulaan jemaat. Yehuda masih lagi berada di dalam pengadilan untuk tempoh tujuh puluh kali tujuh masa itu dari Daniel 9:25-27.

Daniel 9:25-27 25 Maka ketahuilah dan pahamilah: dari saat firman itu keluar, yakni bahwa Yerusalem akan dipulihkan dan dibangun kembali, sampai pada kedatangan seorang yang diurapi, seorang raja, ada tujuh kali tujuh masa; dan enam puluh dua kali tujuh masa lamanya kota itu akan dibangun kembali dengan tanah lapang dan paritnya, tetapi di tengah-tengah kesulitan. 26 Sesudah keenam puluh dua kali tujuh masa itu akan disingkirkan seorang yang telah diurapi, padahal tidak ada salahnya apa-apa. Maka datanglah rakyat seorang raja memusnahkan kota dan tempat kudus itu, tetapi raja itu akan menemui ajalnya dalam air bah; dan sampai pada akhir zaman akan ada peperangan dan pemusnahan, seperti yang telah ditetapkan. 27 Raja itu akan membuat perjanjian itu menjadi berat bagi banyak orang selama satu kali tujuh masa. Pada pertengahan tujuh masa itu ia akan menghentikan korban sembelihan dan korban santapan; dan di atas sayap kekejian akan datang yang membinasakan, sampai pemusnahan yang telah ditetapkan menimpa yang membinasakan itu."

 

Pengadilan Yehuda belum lagi lengkap dan kemusnahan Bait fizikal itu belum lagi terjadi. Nehemia adalah orang yang diurapi yang pertama setelah tujuh kali tujuh masa. Pemulihan di bawah Artahsasta II menyaksikan penyelesaian kanun itu dengan pemulihan dan dengan pembinaan semula tembok-tembok Yerusalem. Orang yang diurapi yang kedua adalah pada hujungnya yang bermula dari 63 TM dan tempoh terakhir itu tamat dengan Bait Suci pada tahun 70 TM. Ini menyaksikan penghasilan kanun Perjanjian Baru awal.

 

Jemaat awal memiliki, seperti yang telah kita lihat, firman-firman Tuhan yang merupakan kitab-kitab suci (Roma 3:2). Karya-karya ini telah diamanahkan kepada Yehuda sehingga penolakan dan pengusiran mereka dari tahun 70 TM. Ini telah menjadi titik pemisah bagi penjagaan firman-firman Tuhan yang asalnya telah diamanahkan kepada Yehuda (Roma 3:2) dan juga dari perluasan jemaat kita saksikan tulisan-tulisan kemudian menjadi berbeza dari teks-teks awal ini disebabkan kesan-kesan dari bidaah-bidaah yang telah memasuki jemaat seperti Modalisme dan Gnostikisme. Oleh itu, zaman awal sebelum tahun 70 TM tidak berhadapan dengan isu-isu yang dihadapi zaman-zaman kemudiannya. Sebab yang inilah yang menyaksikan pertentangan kepada tulisan-tulisan para rasul. Malah, sebahagian dari teks 1 Yohanes  sebenarnya ditulis semula untuk mengatasi bantahan-bantahan para pembidaah berkenaan doktrin Antikristus sebelum ia dapat diterima ke dalam apa yang dipanggil kanun ortodoks.

 

Dasar utama jemaat mula-mula adalah Perjanjian Lama. Yesus berpendapat bahawa Kitab-kitab Perjanjian Lama tidak boleh dibatalkan dan bahawa mereka menyatakan kehendak Tuhan (lihat di atas).

 

Perjanjian Lama juga berbelah-bagi berkenaan sumber wibawa. Teks Ibrani adalah sumber rujukan-rujukan Kristus serta dua belas rasul itu. Ini juga mungkin menunjukkan bahawa teks-teks awal para rasul mungkin telah membabitkan bahasa Aramaik. Teks-teks Perjanjian Baru lain yang ditulis oleh Paulus, Barnabas, Filipus si Penginjil dan lain-lain, memetik LXX, dan karyanya ini secara khususnya adalah teks rujukan jemaat Perjanjian Baru kemudian. Mungkin ini telah digunakan bagi kemudahan penterjemahan dan kadangkala tanpa mementingkan makna Ibrani untuk teks berkenaan yang dianggap  Interpreter’s Dictionary of the Bible (halaman 521) sebagai tiada kaitan dengan hal yang ditumpukan. Komen ini adalah penting kerana ia menunjukkan bahawa pemahaman idea-idea yang dibuat oleh jemaat awal adalah di luar konteks dan paradigma para penulis abad kedua puluh, dan kerana itu mereka tidak dapat memahami idea sebenar yang dibuat oleh para pemimpin jemaat-jemaat Diaspora. Kanun Perjanjian Lama merupakan dasar iman. Pandangan ini adalah sesuatu yang tetap di dalam jemaat awal. Malah, jika seseorang itu tidak mempunyai pandangan ini, ianya mustahil untuk diterima sebagai seorang Kristian.

 

Selain tulisan-tulisan ini, kita juga mempunyai insidens karya-karya Kewahyuan (Apocrypha) (yang sebahagian daripadanya adalah dari Septuagint dan asalnya dikarang dalam bahasa Yunani) serta karya-karya Pseudepigraph yang disebutkan para penulis jemaat awal untuk menyokong kedudukan-kedudukan mereka. Ini menjadi satu faktor yang akan kita periksa di bawah.

 

Kita dapat simpulkan dari kedudukan ini bahawa jemaat asal merupakan jemaat yang berdasarkan penulisan sejak permulaannya dan kanun yang dipegangnya sudah lama ditentukan dan ditetapkan sebagai Kitab suci yang diilhami yang mencerminkan kehendak Tuhan yang dipamerkan dalam nubuatan, puisi dan hukum.

 

Bagaimanapun, jemaat mempunyai aspek-aspek khusus yang menyebabkannya menolak Judaisme dan juga ditolak olehnya. Aspek pertama adalah ia menempatkan Roh Kudus dan satu penekanan rohani melebihi aspek-aspek fizikal yang telah melumpuhkan Judaisme. Kedua, ia menolak tradisi ahli taurat yang telah menolong meninggikan legalisme fizikal yang melumpuhkan ini (2 Korintus 3:6) melebihi rencana ringkas keselamatan yang telah diasaskan Tuhan di dalam hukumNya dan sistem-sistem Sabat dan Hari SuciNya. Dia telah menetapkan sistem ini demi menyatakan rencanaNya kepada umat manusia, yang dilaksanakanNya melalui bejana yang dipilihNya, sebagai elohim Israel yang merupakan Malaikat Besar Perjanjian Lama dan juga Mesias Perjanjian Baru, seperti yang dinubuatkan dari Perjanjian Lama. Semua anggota jemaat Perjanjian Baru dianggap sebagai diilhamkan dengan berbagai cara oleh satu Roh yang sama melalui siapa karunia-karunia diberikan secara individu menurut kehendak Tuhan (1 Korintus 12:4-11).

 

Orang-orang ini tidak diperhambakan firman yang ditulis itu. Mereka telah dibebaskan oleh hukum sempurna kemerdekaan (Yakobus 1:25; lihat karya Perbezaan di dalam Hukum (No. 96)). Mereka telah menolak tradisi-tradisi yang meniadakan firman Tuhan (Markus 7:13). Kristus telah melupuskan dalam dagingnya, hukum perintah-perintah dan ketetapan-ketetapan yang memisahkan bangsa lain dari bangsa Israel melalui pengorbanannya. Dia telah menjadikan mereka semua orang kudus dan anggota-anggota keluarga Tuhan agar mereka semua akan menjadi tempat kediaman Tuhan dalam roh (Efesus 2:14-22). Itu, secara intisarinya, adalah jemaat Perjanjian Baru – suatu tempat kediaman Tuhan dalam roh di bawah rahmat (Roma 6:14). Pandangan bahawa, dari rahmat, jemaat awal cuba bebas dari hukum Perjanjian Lama adalah pandangan salah tentang jemaat dan tulisan-tulisan Paulus (lihat karya Teks Pekerjaan Hukum - atau MMT (No. 104)). Jemaat melihat dirinya sebagai bebas dari sistem korban itu, namun ia masih berpaut kepada rencana keselamatan dan ia memelihara Hukum-hukum Makanan, Sabat, Bulan Baru dan Perayaan dan Hari Suci. Bagaimanapun, ia bebas daripada sekatan-sekatan dan Paulus memerintah mereka supaya tidak membenarkan sesiapapun menghakimi mereka dari segi makan dan minum, Sabat, Bulan Baru atau Perayaan (Kolose 2:16) yang merupakan bayangan kepada apa yang akan datang. Oleh itu, kanun itu dilihat sebagai petunjuk kepada suatu sistem yang lebih besar daripada benda-benda fizikal yang menggambarkannya. Divisi-divisi di dalam jemaat dan akhirnya penolakan Kitab Perjanjian Lama oleh kumpulan yang dipanggil ortodoks sekadar menunjukkan kegagalan untuk memahami peranan yang diberikan kepada jemaat oleh Kitab-kitab Suci dan cara dengan mana Tuhan bekerja. Beban sebenar jemaat adalah pernyataan Kitab Suci seperti mana ia ternyata dalam penderitaan Kristus dan kemuliaannya yang berikut (1 Petrus 1:11; bandingkan Lukas 24:25-27). Ini menjadi penyebab masalah-masalah yang dihadapi kanun itu di dalam beberapa tempat dalam buku Ibrani. Teks ini meneruskan pekhabaran Perjanjian Lama berkenaan Kristus sebagai Elohim dan Mesias dari Mazmur (contohnya Mazmur 45:6-7 dalam Ibrani 1:8-9 dan Zakharia 12:7-8).

 

Kata-kata Yesus Kristus telah menjadi tafsiran panduan jemaat awal (Kisah 20:35). Pemahaman-pemahaman ini tidak seperti apa yang telah disifatkan kepada mereka oleh Kekristianan moden. Mereka berinteraksi dengan dan menafsirkan teks-teks Perjanjian Lama. Mereka tidak sama sekali membatalkan teks-teks itu.

 

Kata-kata Mesias dianggap sebagai suci. Injil-injil merupakan rekod kata-kata suci itu. Semuanya dimasukkan dalam ingatan dan ditulis oleh mereka yang terlibat dengan Kristus atau pengganti-penggantinya yang terdahulu (contohnya Lukas).

 

Tulisan-tulisan para rasul sebelum kejatuhan Bait adalah: Surat-surat Paulus, iaitu (dalam susunannya yang diterbitkan) Roma, Korintus, Galatia, Efesus, Filipi, Kolose, Tesalonika, Timotius, Titus, Filemon, Ibrani, Yakobus, 1 Petrus, 1 Yohanes.

 

Dua surat kepada Timotius dan satu kepada Titus dipercayai, dalam bentuknya yang terkini, adalah penulisan semula surat-surat asal (lihat Annotated RSV, Introduction to 1 Timothy). Ini adalah kerana Paulus tidak menggunakan istilah-istilahnya seperti sebelumnya (berkenaan kemerdekaan dari hukum, kesatuan dengan Kristus, kuasa dan kesaksian Roh). Penggunaan istilah iman mempunyai makna berlainan dari pemakaian biasanya (contohnya sebagai satu sinonim untuk agama Kristian lebih daripada hubungan seorang yang beriman kepada Kristus). Ini secara tradisinya dikaitkan kepada perubahan-perubahan dalam sekitarannya dan kerana itu dalam kosa kata, gaya bahasa dan pemikiran. Ianya juga mungkin bahawa pekhabaran dalam Galatia dan Kolose telah disalahfaham oleh kesarjanaan moden dan sememangnya begitu (lihat karya Teks Pekerjaan Hukum – atau MMT (No. 104)). Oleh kerana mereka tidak memahami Paulus di dalam teks-teks itu, mereka menganggap bahawa pesan dalam Timotius adalah berlainan gayanya dan kerana itu ditulis oleh seorang murid Paulus dengan memakai beberapa karya Paulus sebelumnya yang belum diterbitkan dan meluaskan mereka untuk meliputi keadaan-keadaan yang dihadapi jemaat satu generasi selepas kematian Paulus.

 

Karya-karya ini dianggap telah dikeluarkan di bawah nama Paulus untuk melawan bidaah-bidaah yang berleluasa pada waktu itu dan pada umumnya ditentukan tarikhnya sekitar permulaan abad kedua dan oleh beberapa orang selewat tahun 150 TM. Koleksi surat-surat Paulus ditarikhkan pada hujung abad pertama dan penerimaan mereka adalah berdasarkan pemasukan mereka ke dalam yang kemudiannya (Interp. Dict., ibid., halaman 524). Kanun Marcion tidak mengandungi mereka dan mereka tidak terkandung dalam manuskrip terawal surat-surat Paulus (P46) (sekitar tahun 200).

 

Kepengarangan nama samaran ini juga disifatkan kepada 2 Petrus. Kenyataannya adalah bahawa kesarjanaan moden bersandar pada pertimbangan-pertimbangan anti-nomian yang sama yang dipakai murid-murid Gnostik asal, dan pemahaman tentang Miqsat ma’ase ha-torah atau MMT telah hilang, sehinggalah ia digali dalam Skrol-skrol Laut Mati.

 

Buku Ibrani dianggap sarjana-sarjana moden sebagai karya seorang yang sezaman dengan Paulus. Sidang-sidang [Jemaat] telah mendekrikan bahawa Paulus adalah pengarangnya walaupun mungkin bukan dia yang telah memberinya bentuknya yang terakhir. Ini diserahkan kepada Apollos atau Lukas atau lain-lain.

Dalam sekolah-sekolah Alexandria, ia diberikan tempat di antara surat-surat Paulus sebelum hujung abad kedua, dan dalam papyrus Beatty (P46) ia menduduki tempat kedua selepas Roma; namun di Barat meskipun digunakan dengan meluas dalam I Clement (sekitar tahun 95) dan dengan sokongan kuat Tertullian, yang mengaitkannya kepada Barnabas, ia tidak diakui umum sebagai kanun sehingga lewat dalam abad keempat (Interp. Dict., ibid.).

 

Masalah-masalah yang timbul dengan buku Ibrani adalah kerana Paulus nampaknya tidak memberikan buku ini bentuk akhirnya. Sebab sebenar adalah seperti yang digambarkan di atas. Ia digunakan secara meluas dari tahun 95 TM dan bersebelahan dengan Roma dalam susunan salah satu dari papyrus paling purba. Bagaimana pula ia mendapat pengiktirafan awal yang meluas dan kemudiannya menghadapi tentangan? Sebabnya adalah bahawa isi pesannya bersifat penciptaan subordinationis sepenuhnya dan ini tidak cocok dengan pihak Modalist dan Gnostik. Sehingga kedudukan Kristus ditingkatkan dengan jayanya dari Sidang-sidang Nicaea dan Constantinople barulah ia diumumkan sebagai kanun. Ia adalah teks yang menyusahkan bagi kumpulan Modalist, Gnostik dan pewaris-pewaris mereka, kumpulan Trinitarian. Objektif sebenar Gnostikisme adalah penghapusan hukum Perjanjian Lama dan tujuan mereka ini telah dihalang oleh teks-teks Ibrani, Yakobus, Yudas serta tulisan-tulisan Yohanes dan Petrus. Untuk sebab inilah teks-teks ini ditentang di semua tempat di mana kumpulan Modalist/Gnostik berkuasa. Kesukaran dengan kanun Perjanjian Baru ini merupakan satu bayangan pertikaian-pertikaian Kristian/Kristian palsu jemaat mula-mula.

 

Surat Yakobus dihubungkan sarjana-sarjana moden kepada seorang Kristian bangsa Yahudi yang berpengetahuan dalam kesusasteraan dan falsafah Yunani (Helenistik), dan boleh ditarikhkan pada awal abad kedua (Interp. Dict., halaman 524). Pertalian kepada orang sebegini adalah berdasarkan hakikat bahawa surat ini adalah dalam bentuk kecaman yang dikarang mengikut gaya yang digunakan guru-guru Stoic. Maka, Yakobus dikecualikan kerana dia adalah seorang Ibrani yang dianggap tidak berapa berpengetahuan dalam falsafah atau kecaman-kecaman Stoic. Bagaimana sekalipun, ini tidak ada dalam beberapa kanun awal. Bantahan-bantahan itu kebanyakannya berdasarkan hakikat pembelaan hukum taurat yang ingin dihapuskan orang Gnostik dan golongan anti-nomian kemudiannya daripada tulisan-tulisan Paulus, dan Yakobus melengkapi Paulus dengan sempurna sekali. Maka ia dianggap sebagai palsu. Ia tidak disebutkan dalam kesusasteraan Kristian sehinggalah abad ketiga (Interp. Dict., ibid.).

 

Pemikiran sebegini dapat dilihat dari komen ini dalam Interpreter’s Dictionary of the Bible:

 

I Petrus adalah karya yang menggunakan nama samaran yang diterbitkan di Asia Minor, walaupun mungkin berasal dari Rom, pada awal abad kedua. Ia telah digunakan oleh Polycarp dan lain-lain anggota jemaat abad kedua, namun didak menemui pengiktirafan di Rom dan di Barat (melainkan bagi Irenaeus dan Tertullian) hingga lama kemudiannya. I John berkait rapat kepada Injil Keempat dan mungkin oleh pengarang yang sama; dibantu oleh perkaitan ini ia mendapat pengiktirafan awal dan luas. Empat surat minor (Yudas, II Petrus, II dan III Yohanes) tidak pernah digunakan dengan luas, dan kekanunan mereka terus dipertikaikan dalam jemaat-jemaat Yunani selewat abad keempat (ibid.).

 

Sebab-sebabnya kenapa kedudukan ini adalah seperti itu, adalah jelas. Murid-murid telahpun meninggal ketika Polycarp menulis. Polycarp adalah murid langsung Yohanes. Dia merupakan murid yang paling berwibawa pada waktu itu. Dia telah melatih misi ke Lyon itu di mana Irenaeus adalah seorang daripadanya. Irenaeus mengutus laporan-laporan ke Smyrna dan bukan ke Rom.

 

Kumpulan ini tidak sehaluan dengan Rom dan kumpulan Easter secara umumnya. Bidaah sistem Easter baru saja mau memasuki jemaat. Divisi ini akhirnya membawa kepada ibadah hari Minggu, dan tulisan-tulisan serta surat-surat yang menyokong kumpulan Polycarp telah diabaikan atau diserang. Irenaeus  telah mengantara di dalam pertikaian ini. Karya-karya hukum Yakobus, pandangan-pandangan Petrus tentang iman dan tulisan-tulisan Paulus serta Kitab Suci semuanya ditindas. Proses ini bermula dari tahun 70 TM.

 

Sejenak sebelum kejatuhan Yerusalem, jemaat telah dipecahkan dan dilindungi. Dari kejatuhan Bait itu, kanun mula dikumpulkan dari surat-surat jemaat namun juga masalah-masalah baru dalam jemaat telah memerlukan teks-teks yang baru. Yohanes telah berhadapan dengan bidaah serius berkenaan Ketuhanan. Golongan yang mendahului kumpulan Trinitarian, kumpulan Modalist, telah mencerobohi jemaat-jemaat dan mereka telah menyebabkan perpecahan yang teruk dengan apa yang dikenalpasti Yohanes sebagai doktrin Antikristus. Pada mulanya, pertikaian itu mempengaruhi teks 1 Yohanes pada 1 Yohanes 4:1-3. Teks asal mengenalpasti doktrin itu seperti berikut:

Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia, berasal dari Allah, dan setiap roh, yang memisahkan Yesus, tidak berasal dari Allah. Roh itu adalah roh antikristus (ditulis semula dari Irenaeus, Bab 16:8) (ANF, Vol. 1,halaman 443).

 

Socrates Ahli Sejarah itu mengatakan (VII, 32, halaman 381) bahawa perenggan itu telah dikorupsikan oleh mereka yang ingin memisahkan kemanusiaan Yesus Kristus daripada ketuhanannya.

 

Maka kita berhadapan dengan pengaruh-pengaruh awal pada teks alkitabiah untuk mempengaruhi doktrin-doktrin mula-mula itu agar Kristus boleh dikatakan tidak betul-betul mati tetapi bahawa dia adalah sebahagian daripada Ketuhanan itu jadi bahagian itu tetap terasing dan tidak mati. Ini dipercayai oleh para pengikut Modalist yang menyatakan bahawa Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah aspek-aspek makhluk yang esa itu yang telah menjelma dalam bentuk-bentuk ini untuk tujuan-tujuan tertentu. Ini kemudiannya telah diubahsuai kepada tiga pihak/orang yang khusus dalam Ketuhanan yang menjelang [Sidang] Constantinople telahpun dikemukakan, namun peranan sebenar Roh masih lagi belum diterima dalam bentuk-bentuk yang diharapkan oleh Athanasius. Bagaimanapun, pada peringkat awal ini hujah-hujahnya adalah mentah dan masih belum dikembangkan oleh golongan Kristian palsu di bawah Gnostikisme.

 

Yohanes terpaksa ditolak seperti juga beberapa teks lain. Teks 1 Yohanes adalah serupa dengan injil Yohanes dan, walaupun Yohanes tidak menggunakan namanya tetapi merujuk kepada dirinya dalam bentuk orang ketiga, ini adalah konsisten dengan gayanya dalam injil itu. 1 Yohanes dipercayai telah ditulis hampir kepada hujung abad Kristian pertama yang sememangnya merupakan masa apabila Yohanes berada dalam buangan dalam sedang menulis dari Patmos. 1 Yohanes dilihat sebagai sertaan kepada injil itu dan diakui ditujukan kepada pembidaah-pembidaah Gnostik yang menafikan sifat sebenar penjelmaan itu (lihat Annotated RSV).

 

2 Yohanes dianjurkan berasal dari pena yang sama seperti pengarang Injil dan 1 Yohanes. Tidak seperti 1 Yohanes, yang merupakan satu surat umum, teks ini ditulis kepada sebuah jemaat khusus, mungkin dalam Asia Minor.

 

Ia juga telah ditulis menghampiri hujung abad pertama, dalam kata lain, pada hujung hayat Yohanes. 3 Yohanes telah ditulis kepada seseorang. Organisasi jemaat yang longgar di sini menunjukkan bahawa ia mungkin telah berlaku awal dalam sejarah dan pangkatnya sebagai 3 Yohanes pastinya disebabkan kepentingan surat-surat sebelumnya.

 

Buku Yudas disifatkan sebagai ditulis oleh Yudas, saudara kepada Yakobus dan Kristus, kira-kira tahun 80 TM. Yakobus telah dibunuh pada tahun 62/63 TM di Yerusalem dan Yudas dianggap telah mengambil kedudukan kepimpinan. Ini nampaknya telah dipikul oleh peranan keluarga Kristus dalam jemaat Yehuda untuk beberapa lama selepas itu. Pergantungan 2 Petrus pada Yudas yang diandaikan, diberikan sebagai alasan untuk mengatakan 2 Petrus dikarang oleh murid Petrus. Kaitan antara 2 Petrus 2:1-8 dan Yudas 4-16 mempunyai keserupaan rujukan kepada turutan aktiviti-aktiviti Tuhan namun tidak diragukan bahawa pesan ini pastinya telah dikembangkan dan disebarkan murid-murid ke semua arah. Ini dengan sendirinya tidak cukup untuk memberikan kepengarangan lain. Walau bagaimana sekalipun, sokongan untuk pengilhaman ilahi tidak dikurangkan oleh pengulangan melalui seorang murid. Polycarp adalah murid Yohanes dan pendiriannya di dalam kontroversi quarto-deciman mengenai Paskah adalah betul.

 

Interpreter’s Dictionary of the Bible merujuk kepada karya Edgar J. Goodspeed yang cuba menunjukkan bahawa pengarang Efesus bukanlah Paulus tetapi bahawa dia adalah juga pengumpul dan penerbit surat-surat Paulus itu, dengan menggunakan Efesus sebagai pengenalan umum kepada koleksi tersebut (lihat halaman 522). Ianya dicadangkan bahawa dia ini adalah Onesimus, dia yang pernah menjadi hamba pelarian. Onesimus ini dikenalpasti oleh beberapa orang sebagai orang yang dikenali oleh Ignatius sebagai biskop Antiokhia kira-kira lima puluh tahun kemudiannya (lihat juga Filemon).

 

2 Petrus dikaitkan kepada seorang yang lain disebabkan pesannya. Ia mempunyai dua tujuan:

1.      untuk menekankan iman dalam kedatangan kedua Kristus; dan

2.      untuk memberi amaran tentang guru-guru palsu.

 

Dalam teks ini dia menekankan kesaksian kerasulan sebagai dasar pengumuman jemaat. Dia melakukan ini dengan merujuk kembali kepada nubuatan-nubuatan Perjanjian Lama. Dia menjelaskan kenapa kedatangan kedua itu belum tiba lagi tetapi sebaliknya dilambatkan kerana kesabaran dan ketahanan Tuhan. Ini adalah perlu kerana guru-guru palsu sedang menganggu jemaat dan mempergunakan doktrin untuk keuntungan mereka sendiri (2 Petrus 2:2, 10,13-14). Di sini konsep dunia yang memasuki kesukaran, di mana umat pilihan yang diselamatkan adalah seperti Lot, menjadi bahan ajarannya. Ini menekankan betapa kecilnya umat pilihan dan betapa luasnya kemusnahan itu yang tidak boleh diterima masyarakat masa itu sama seperti ia tidak dapat diterima sekarang ini.

 

Surat ini telah dipersoalkan pada zaman-zaman awal dan kini diterima beberapa pihak (contohnya Oxford Annotated RSV; lihat Pengenalan) sebagai bukan hasil karya Petrus. Para sarjana berpendapat bahawa:

 

Ia bergantung pada Surat Yudas (bandingkan 2:1-8 dengan Yudas 4-16) dan pengarangnya merujuk kepada semua surat-surat Paulus (3:15) yang mengandaikan bukan saja bahawa surat-surat ini telahpun dikumpulkan, tetapi juga bahawa surat-surat ini dianggap sebagai setara kepada “kitab-kitab lain” – keadaan-keadaan yang tidak wujud semasa hayat Petrus. Kebanyakan sarjana menganggap surat ini sebagai karya seseorang yang sangat terhutang budi kepada Petrus dan telah menerbitkannya di bawah nama tuannya pada awal abad kedua. Dalam pertalian ini, pertimbangan-pertimbangan berikut harus diingati. (1) Pada zaman dahulu, kepengarangan dengan nama samaran adalah kebiasaan kesusasteraan yang diterima luas. Oleh itu penggunaan nama seorang rasul dalam penekanan semula ajarannya tidak dilihat sebagai tidak jujur tetapi hanya sebagai satu cara untuk mengingatkan jemaat tentang apa yang diterimanya dari Tuhan melalui rasul itu. (2) Kewibawaan buku-buku Perjanjian Baru tidak bergantung pada kepengarangan manusianya, tetapi pada kepentingan hakikinya, yang telah diakui jemaat di bawah bimbingan roh sebagai suara asli pengajaran kerasulan. Oleh sebab inilah, apa yang dikenali secara tradisinya sebagai Surat Kedua Petrus telah dimasukkan ke dalam kanun Kitab Suci purba (ibid.).

 

Alkitab Oxford Annotated RSV mengatakan tentang kanun itu (halaman 1170) bahawa:

Alkitab umat Kristian terawal adalah Perjanjian Lama (2 Timotius 3:15-17). Sama wibawa seperti tulisan-tulisan ini adalah kata-kata Yesus yang diingati (Kisah 20:35; 1 Korintus 7:10,12; 9:14; 1 Timotius 5:18). Sejajar dengan sebaran lisan ajaran Yesus adalah tafsiran-tafsiran kerasulan tentang dirinya dan ertinya bagi kehidupan jemaat…

 

Sepanjang tempoh abad kedua kebanyakan jemaat telah sama-sama memperakui satu kanun yang termasuk empat Injil, Kisah, tiga belas surat Paulus, 1 Petrus, dan 1 Yohanes yang ada sekarang ini. Tujuh buku masih tidak diiktiraf umum: Ibrani, Yakobus, 2 Petrus, 2 dan 3 Yohanes, Yudas dan Wahyu.

 

Kami telah memeriksa sebab-sebab untuk perbalahan teks-teks di atas. Pertikaian-pertikaiannya adalah atas sebab-sebab agama dan politik. Malah Yudas sekalipun adalah wakil sistem Yahudi yang ingin dihapuskan kumpulan Gnostik.

 

PenyingkiranWahyu daripada kanun itu adalah satu contoh klasik reaksi-reaksi Gnostikisme terhadap Judaisme Mesianik.

 

Wahyu, yang mungkin dikarang menjelang hujung abad pertama, dengan cepat diterima ramai; namun kepengarangannya dipertikaikan oleh para pengkritik Alexandria, ia dicacatkan untuk satu tempoh yang lama oleh reaksi terhadap kiliasme, dan kekanunannya masih dipertikaikan di Timur pada abad keempat (Interp. Dict., halaman 524).

 

Sebabnya ia dikarang pada hujung abad pertama adalah kerana ia telah disampaikan kepada Yohanes yang berada dalam buangan di Patmos pada ketika itu dan tersebar pantas ke seluruh jemaat bersama dengan injil keempat dan surat-suratnya. Alexandria merupakan kediaman orang-orang Gnostik dan mereka perlu menyerang Wahyu kerana ia adalah kemuncak Judaisme Mesianik sebagai Mesias Tuhan dan ia mengabadikan perintah-perintah Tuhan sebagai dasar dan pusat kepada kesaksian Yesus (Wahyu 12:17; 14:12; 22:14 (KJV)).

 

Penyingkiran buku Wahyu daripada kanun juga didorong oleh dua faktor lain. Faktor pertama adalah takut akan penganiayaan oleh Rom apabila iman itu ditundukkan. Dorongan ini bertukar menjadi perlindungan hak keistimewaan apabila para Maharaja menyokong iman ini. Versi Gothik (sekitar tahun 350) tidak mempunyai Wahyu kerana ia jelas anti-Rom dan mereka serta orang-orang Vandal, Alan, dan sebagainya telahpun ditaubatkan oleh empayar itu. Hinggakan sungguhpun mereka adalah Unitarian, para maharaja tidak dapat bertahan dengan cabaran terhadap empayar itu. Maka, mualaf-mualaf lebih lewat ini pastinya akan dipandang dengan penuh syak oleh ahli-ahli apologis lebih awal.

 

Selewat tahun 135 atau mungkin juga 140, bukti Papius iaitu biskop Hierapolis, menjadikannya jelas bahawa dalam beberapa kumpulan keterangan tradisi lisan yang berdasarkan rantai kesaksian hidup mempunyai pengaruh lebih besar daripada sebarang buku. Kita tahu dari waktu ini bahawa Papius sedia mendapat sokongan dari Markus, Matius dan Yohanes, dan mungkin juga Lukas (Interp. Dict., ibid., halaman 523). Namun dia sendiri telah menyoal golongan tua-tua apabila dia bertemu murid-murid itu. Dia berkata:

Jika saya bertemu dengan seorang murid kepada para tua-tua, saya menyoalnya tentang kata-kata golongan tua-tua – apa yang dikatakan Andreas atau Petrus, atau apa yang dikatakan oleh Filipus atau oleh Tomas atau oleh Yakobus…atau oleh sesiapa murid Tuhan yang lain, dan perkara-perkara apa yang dikatakan oleh penatua Aristion dan penatua Yohanes, iaitu murid-murid Tuhan. Kerana saya rasa apa yang boleh didapati daripada buku-buku tidak akan menguntungkan saya sebanyak apa yang boleh saya dapati daripada suara mereka yang hidup dan berkekalan (Euseb. Hist. III.xxxix.4).

 

Pandangan ini terbit dari premis bahawa Roh Kudus berbicara melalui mulut umat pilihan. Oleh itu, firman-firman yang ditulis adalah diilhami ilahi, namun kata-kata murid-murid boleh menjelaskan juga maksud kebanyakan teks-teks itu. Kemudahan ini telah hilang setelah mereka mati. Papius adalah salah seorang terakhir yang mempunyai laluan langsung kepada kesaksian murid-murid itu. Ini adalah penting kerana dengan cara ini kita dapat pastikan bahawa apa yang ditulis di dalam injil-injil yang dirujuk oleh Papius serta orang lain dalam tulisan-tulisan mereka adalah kata-kata tepat Mesias dan, dengan itu, kita dapat pastikan keberterusan sifat Kitab Suci yang diilhami Tuhan yang konsisten dengan Kitab Suci Perjanjian Lama.

 

Proses ini telah diterbalikkan dalam tempoh pendek beberapa tahun. Interpreter’s Dictionary of the Bible mengatakan, bila mengulas tentang pertukaran ini dari pandangan Papius, bahawa:

Keterangan Justin Martyr menunjukkan bahawa bahagian-bahagian dari “buku riwayat para rasul, yang dipanggil injil-injil” sedang dibaca secara liturgi dalam jemaat, bersama dengan, atau mungkin menggantikan, bacaan-bacaan dari Kitab Para Nabi; dan ini pastinya menandakan bahawa injil-injil ini secara sedar atau tidak, dianggap sebagai kitab-kitab suci. Namun masih terdapat sikap dan amalan yang luas berkenaan injil-injil ini, dan tidak dipastikan juga injil manakah atau berapa banyakkah daripadanya yang digunakan di mana-mana satu tempat (halaman 523).

 

Pandangan ini adalah tidak betul kerana kita tahu dari 2 Petrus bahawa karya-karya Paulus juga sedang dibaca dalam jemaat dan bahawa ia dianggap sebagai Kitab bersama-sama dengan kitab para nabi. Ia dipulas oleh mereka yang jahil hingga membawa kepada kebinasaan mereka sendiri. Sama ada ini telah ditulis oleh Petrus atau muridnya di dalam namanya, kita perhatikan dari pernyataan Papius sendiri bahawa ia sama berat pengaruhnya dengan teks itu, dan apa sekalipun ia tidak mungkin lebih tua dari tempoh ini kerana jika begitu maka kanun itu adalah lebih besar dan ditetapkan dengan lebih tepat lagi daripada apa yang sarjana-sarjana moden ingin kita percayai.

 

Empat injil itu adalah hasil karya generasi Kristian yang kedua (sekitar 70-100 TM) (Interp. Dict., ibid.). Injil terawal adalah Markus yang nampaknya telah dihasilkan di Rom di bawah Nero (sekitar 64 TM). Injil ini boleh diambil sebagai mewakili tradisi lisan seperti mana ia wujud dalam jemaat Rom pada tahun 64 TM.

 

Pada kira-kira 80 TM, ia telah menjadi asas bagi injil Matius yang dipercayai telah dikarang di Palestin pada waktu itu (ibid.). Markus juga dipercayai menjadi asas kepada injil Lukas yang, bersama-sama dengan Kisah Para Rasul, telah diterbitkan di Mediterranean Timur sekitar penghujung abad pertama. Lukas 1:1-2 menunjukkan bahawa pekerjaan ini telah dilakukan banyak orang. Manuskrip terawal injil-injil (P45) juga ditemani oleh buku Kisah Para Rasul.

 

Lukas 1:1-2 1 Banyak orang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi di antara kita, 2 seperti yang disampaikan kepada kita oleh mereka, yang dari semula adalah saksi mata dan pelayan Firman.

 

Maka injil-injil itu telah dikumpulkan dari ramai saksi dan oleh itu bersandar pada pengaruh kesaksian jemaat. Lukas tidak mendakwa mempunyai kewibawaan khusus (Lukas 1:3). Kewibawaan injil-injil bersandar pada kata-kata Mesias dan bukannya pada sebarang kekanunan. Ini adalah bukti pengilhaman para nabi seperti mana yang difahami oleh murid-murid itu dan jemaat. Tidak syak lagi bahawa mereka menganggap firman Tuhan sebagai suatu benda hidup yang bernafas yang menjadikan Perjanjian Lama sebagai nukleusnya. Kitab Suci hingga abad kedua adalah Perjanjian Lama dan kata-kata Kristus. Surat-surat itu kemudiannya dimasukkan di dalam jemaat-jemaat di bawah sistem kerasulan Efesus dan Smirna. Sistem-sistem di Alexandria dan kemudian di Rom mula menyingkirkan surat-surat itu dari senarai karya-karya yang diilhami kerana surat-surat itu mengganggu doktrin-doktrin yang cuba dilaksanakan mereka.. Sesudah mereka mengukuhkan kedudukan mereka barulah karya-karya ini diterima masuk dalam kanun. Proses ini akan diteliti dengan lebih lanjut.

 

Injil-injil yang wujud sejak itu yang tidak boleh dikanunkan jelas berpunca dari sumber-sumber Gnostik dengan pengaruh-pengaruh Docetik dan yang cuba mengecilkan hidup Kristus kepada suatu struktur khayalan yang memisahkan Kristus aeon syurgawi dari tubuh duniawi yang didiaminya (see Interp. Dict., halaman 524). Kamu pasti ingat bahawa ini adalah doktrin Antikristus dan bahawa doktrin ini kemudiannya telah diubahsuaikan kepada struktur yang dikenali sebagai Trinitas yang berpandangan bahawa sistem itu adalah khusus tetapi tidak terpisah (Monarchia dan Circumincession) (lihat karya Satu Bersama Dengan Bapa (No. 81)). Dari kedudukan ianya lazim dipercayai bahawa Kristus, sebagai sebahagian dari sistem Triune ini, tidak mati sepenuhnya dan tidak dibangkitkan sepenuhnya mengikut perintah satu-satunya Tuhan benar seorang, iaitu Bapa (lihat Yohanes 10:18; 17:3; 1 Yohanes 5:20). Tulisan-tulisan Kewahyuan (Apocrypha) Perjanjian Baru kadangkala menyalur dari karya-karya nyata dan kadangkala karya-karya yang tidak begitu nyata.

 

Terdapat teks-teks bukan kanun yang lain yang asli dan penting kepada sejarah awal. 1 Clement (Klemens) adalah satu teks yang nampaknya telah ditulis dari Rom ke Corinth (Korintus) pada kira-kira 95 TM. Teks ini tidak pernah dinyatakan sebagai teks Kitab namun ia dikatakan dibaca dalam acara ibadah umum di Korintus sekitar tahun 170 TM. Ia dimasukkan dalam Codex Alexandrinus (sekitar abad kelima). Karya-karya kemudian yang dinamakan 2 Clement (satu khutbah dari seorang yang tidak kenali sekitar 150 TM, juga di dalam Codex Alexandrinus) dan Clementine Recognitions menunjukkan bahawa karya ini harusnya telah mendapat pengiktirafan tertentu.

 

Surat Barnabas adalah pamplet tidak bernama dari awal abad kedua yang mungkin berasal dari Alexandria. Ianya ditemui dalam Codex Sainaticus abad keempat. Kedua-dua Clement dari Alexandria dan Origen, penggantinya, menganggap karya ini sebagai Kitab. Bagaimanapun, ia tidak pernah diakui di tempat-tempat lain dan tidak diakui oleh orang Alexandria yang kemudian. Clement dari Alexandria telah dipengaruhi Gnostikisme, dan Origen juga telah dicemari Gnostikisme. Alexandria adalah tempat asalnya.

 

Karya Didache "The Teaching of Jesus Christ through the Twelve Apostles" (Ajaran Yesus Kristus melalui Dua belas Rasul) adalah sebuah buku kecil yang, walaupun tidak pasti bila tarikhnya, secara umumnya dianggap datang dari awal abad kedua. Ianya digunakan oleh orang Alexandria awal sebagai Kitab dan dipakai seperti itu dalam jemaat-jemaat Mesir sepanjang abad ketiga. Ia nampaknya telah digunakan di Syria selewat sekitar tahun 400 TM (dalam Apostolic Constitutions), dan muncul dalam beberapa senarai Yunani dalam abad keempat. Ia telah diterjemah ke dalam bahasa Latin dan Georgia, yang menunjukkan penggunaan meluas. Karya The Shepherd of Hermas (Gembala Hermas) digunakan dengan meluas dalam jemaat awal untuk tempoh kira-kira satu abad. Ia dirujukkan oleh Irenaeus dan dengan singkat oleh Tertullian yang melayaninya sebagai Kitab. Origen juga menganggapnya sebagai karya kerasulan dan ia dimasukkan (tidak lengkap) dalam Codex Sinaiticus. Menurut kanun Muratoria, ia telah dikarang sekitar tahun 150 TM oleh Hermas, saudara kepada biskop Rom pada masa itu namun ramai penyelidik menentukan usianya sebagai beberapa dekad lebih awal (lihat Interp. Dict., halaman 524-525).

 

The Letters of Ignatius dan Epistle to Diognetus tidak pernah disebutkan sebagai Kitab.

 

Sekurang-kurangnya lima buku telah dikaitkan kepada Petrus sewaktu tahun-tahun awal itu. Namun begitu, hanya dua surat itu sahaja yang diiktiraf. Kita tahu dari penerimaan surat-surat ini oleh Polycarp dan Smirna bahawa keduanya dianggap sebagai Kitab sejak awal-awal lagi dan oleh murid-murid rasul Yohanes.

 

The Gospel of Peter, The Preaching of Peter serta Apocalypse of Peter semuanya mempunyai kegunaan awal tertentu. The Apocalypse of Peter telah disarankan oleh Clement dari Alexandria dan muncul di dalam kanun Muratoria, yang bermakna bahawa ia telah disokong oleh jemaat Rom masa itu, dan Methodius (sekitar tahun 300). Waktu ini adalah di mana serangan-serangan Modalist/Gnostik dibuat ke atas teologi melalui kanun itu: maka, adanya sokongan Alexandria dan Rom.

 

The Acts of Peter dan The Acts of John (Kisah Petrus dan Kisah Yohanes) merupakan karya-karya seorang pengikut Valentinus, seorang Gnostik (ibid., halaman 525).

The Acts of Paul (Kisah Paulus) telah dikarang oleh seorang pendeta Asia kira-kira pertengahan abad kedua. Dari semua Kisah-kisah yang tidak bernama itu, ia satu-satunya karya yang mendapat sedikit sokongan kependetaan. Pengarangnya telah dipecat kerana pemalsuan itu namun ia masih mendapat sokongan di Alexandria (Interp. Dict., halaman 525).

 

Badan kesusasteraan ini sehinggalah pertengahan abad kedua nampaknya telah diperlakukan dengan ringkas oleh kumpulan-kumpulan Yohanes di Efesus dan Smirna dengan agak konsisten. Perjanjian Lama adalah badan kanun itu dengan injil-injil dan surat-surat yang diiktiraf dan dikenali awal-awal lagi. Sistem-sistem Alexandria dan Rom telah mengalami kepelbagaian pendapat yang meluas hingga agak lewat kerana sebab-sebab yang disebutkan di atas. [Kanun] Syriac adalah sangat konservatif kerana masalah-masalah yang dialami di atas. Maka kanun dipusatkan pada 22 buku di situ, dengan kanun yang satu lagi kemudiannya, digunakan di Asia mungkin sebagai separa kanun, walaupun dirujukkan sebagai Kitab oleh jemaat Asia dari Efesus dan Smirna.

 

Oleh itu, Jemaat dibangun atas dasar para rasul dan nabi (Efesus 2:20). Jemaat Efesus menganggap semua nabi sebagai dasar keimanan itu. Interpreter’s Dictionary of the Bible menambahkan, sedangkan ini tidak betul, istilah Kristian sebelum perkataan para nabi seolah-olah Efesus 2:20 betul-betul menghadkan dasar iman kepada Perjanjian Baru. Ini adalah dusta asas yang menyangga seluruh Kekristianan moden. Wahyu tidak dilihat sebagai wahyu Tuhan kepada Yesus Kristus tetapi sebagai wahyu seorang peramal yang diilhami (malah nampaknya b