Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[173]

 

 

 

 

Perhitungan Omer Ke Pentakosta

(Edisi 3.0 19960803-20031006-20090117)

 

Dalam abad kedua puluh Jemaat-jemaat Tuhan telah tersilap dalam penentuan waktu mereka bagi Pentakosta dari implementasi salah Kalendar Hillel dan melalui orang-orang yang ingin meniru Judaisme dalam Jemaat-jemaat Tuhan. Teks ini menjelaskan kesilapan-kesilapan itu dan proses yang diikuti pada asalnya. Ia menggantikan karangan Pentakosta: Membandingkan Imamat 23:11-22 di dalam Septuagint (No. 173).

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1996, 2003, 2009 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Perhitungan Omer Ke Pentakosta


Pengenalan

Telah berlaku kebingungan dalam Jemaat-jemaat Tuhan dalam abad kedua puluh atas penentuan Pentakosta. Masalahnya timbul dari kegagalan Kalendar Hillel. Kalendar ini, yang diperkenalkan pada 358 CE, menentukan hari-hari Bulan Baru dengan penglihatan bulan-bulan sabit yang diduga yang kemudiannya dijadikan penangguhan-penangguhan Bulan-bulan Baru yang ditetapkan menurut satu sistem peraturan yang ditentukan oleh tradisi-tradisi rabbinikal dan satu tarikh tetap untuk persembahan Unjukan Berkas.

 

Kesilapan jelas dengan sistem tarikh tetap ini yang menghasilkan Pentakosta Sivan 6, dan pengertian Jemaat sejak dahulu lagi bahawa Pentakosta sentiasa jatuh pada hari Minggu malah dalam Katolikisme sekalipun, serta susunan kata Teks-teks yang jelas, membuatkannya mustahil untuk mengikut sistem Hillel dalam aspek ini.

 

Jemaat-jemaat Tuhan melalui kesilapan mula menggunakan kalendar Hillel pada pertengahan abad kedua puluh. Kesilapan ini masuk melalui Jemaat Tuhan Radio (Radio Church of God), yang kemudiannya menjadi Jemaat Tuhan Sedunia (Worldwide Church of God atau WCG). Perubahan-perubahan mereka pada 1974 telah mengakibatkan satu siri kesilapan disebarkan dalam cabang-cabang mereka.

 

Bertentangan dengan apa yang diketahui umum, RCG/WCG tidak memperkenalkan Hari-hari Raya kepada Jemaat-jemaat Tuhan pada abad ke 20. Itu dilakukan oleh Konferens Caldwell Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh). Mereka memelihara Kalendar dan semua Perayaan mengikut Konjungsi dan mereka mempunyai doktrin-doktrin kodrat Tuhan yang betul, dan inilah sebabnya mereka diizinkan memelihara kalendar yang betul. CCG secara berkesannya telah mengganti mereka.

 

Terdapat dua kesilapan definitif yang diikuti oleh Jemaat-jemaat Tuhan, dan tiga jika sistem Samaria diterima sebagai sistem yang diikuti oleh beberapa individu terpencil, dan bukan sebarang sistem jemaat yang betul.

 

Tiga sistem salah yang digunakan untuk menentukan Pentakosta adalah:

 

(1)   Nisan 16, sebagai tarikh tetap, yang disokong oleh kebanyakan orang Yahudi moden (pengganti-pengganti rabbinikal kepada orang Farisi), dan golongan tertentu yang ingin meniru Judaisme yang datang dari Jemaat-jemaat Tuhan.

 

(2)   Hari Minggu selepas Sabat yang jatuh ketika Hari Raya Roti Tidak Beragi. Ini adalah ajaran Jemaat Tuhan Sedunia sebelum 1974. Ia disokong hari ini oleh beberapa kumpulan Mesianik yang memelihara Pentakosta hari Minggu atau hari Isnin.

 

(3)   Perhitungan Samaria dari Bulan Baru yang menyusuli Ekuinoks dan bermula dari hari Minggu dalam Hari Raya Roti Tidak Beragi walaupun ia dirayakan dalam Bulan Kedua yang betul.

 

Hari Minggu ketika Hari Raya Roti Tidak Beragi itu kini disokong sebagai Unjukan Berkas dalam sejarah yang betul oleh Jemaat Tuhan Sedunia (WCG) sejak 1974, dan beberapa dari kumpulan-kumpulan utama yang berpecah darinya, walaupun mereka tidak memelihara Unjukan Berkas seperti yang dituntut oleh Imamat 23. Bagaimanapun, mereka salah, lazimnya kerana Penangguhan-penangguhan itu, dan begitu juga dengan semua alternatif di atas, termasuk orang Samaria yang telah melakukan penangguhan seluruh bulan itu dalam kira-kira lima puluh peratus kasusnya. Kesilapan-kesilapan ini semuanya berpusat pada sistem Hillel yang diperkenalkan dari 358 CE atau kesilapan orang Samaria tentang Tahun Baru pasca-ekuinoks.

 

WCG kini merayakan tarikh-tarikh Easter dan tidak lagi merayakan Hari-hari Raya, dan ini termasuk Pentakosta betul yang kadangkala sampai seminggu salah waktunya.

 

Kedudukan Sejarah

Jemaat-jemaat Tuhan, dalam sejarah, sekurang-kurangnya sehingga kesilapan-kesilapan WCG, yang pada mulanya cuba merayakan Pentakosta Sivan 6 dan kemudiannya Pentakosta hari Isnin sebelum 1974, telah sentiasa merayakan Pentakosta pada hari Minggu dan sistem Bait telah sentiasa memelihara Pentakosta pada hari Minggu. Malah apabila Jemaat Roma berpecah dengan Jemaat-jemaat Tuhan kerana perselisihan-perselisihan Quartodeciman pada 192 CE mereka dapati tiada alasan untuk mengubah cara penentuan Pentakosta itu. Masalah yang mereka hadapi hanyalah bahawa ia telah berubah kerana penentuan Easter saja (lihat karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277)).

 

Kedudukan-kedudukan dalam sejarah juga diperiksa dalam karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).

 

Golongan Saduki menguruskan Bait Suci ketika zaman operasinya dan mereka telah sentiasa memelihara Pentakosta pada hari Minggu.

 

Bait di Mesir juga mengikut sistem itu seperti yang kita lihat dari teks Septuagint (LXX) yang merupakan terjemahan rasmi bahasa Yunani bagi Perjanjian Lama dan yang telah dikomisi dan diterjemahkan di Mesir untuk diaspora Mesir oleh Firaun di situ.

 

Keadaan yang sama juga berlaku untuk orang Samaria. Hari Pentakosta mereka jatuh pada hari Minggu namun berbeza dari segi bahawa mereka telah memperkenalkan permulaan Tahun Baru selepas ekuinoks, sentiasa menyusuli Bulan Baru selepas Ekuinoks dan bukan yang terdekat kepadanya, seperti kasusnya dengan sistem Bait Suci. Dengan ini sekurang-kurangnya separuh waktunya mereka sebulan lewat dengan Paskah, dan lazim memelihara Paskah kedua sebagai yang pertama. Maka interkalasi mereka juga tidak sejajar dengan sistem Yahudi. Dengan itu mereka merayakan hari raya itu pada bulan kelapan dan ini merupakan satu kesilapan Yerobeam dan dia dikutuk Tuhan melalui para nabi (lihat karya Yerobeam dan Kalendar Hillel (No. 191)).

 

Sistem Bait

Sistem Bait adalah betul dan mengikuti hukum bertulis seperti yang kita lihat dilaksanakan oleh golongan Saduki. Sistem Bait telah dikaji dalam karya Kalendar Tuhan (No. 156).

 

Tiada penangguhan yang beroperasi dalam Zaman Bait Suci. Ini jelas dari kompilasi Mishnah sekitar 200 pada apa Talmud kemudiannya dikompilasi sebagai komentar. Nampaknya terdapat beberapa tuntutan palsu dari sarjana-sarjana palsu beberapa jemaat Tuhan yang cuba mendakwa bahawa Penangguhan-penangguhan itu telahpun beroperasi dalam zaman Bait menurut Talmud. Bagaimanapun, ini adala pernyataan palsu yang jelas yang disangkal oleh bukti sejarah dan Mishnah sendiri.

 

Pakar Yahudi (Judaeus) Philo yang menulis di Alexandria, menunjukkan bahawa seluruh sistem bait dan diaspora mempunyai kalendar yang bebas dari penangguhan-penangguhan ini dengan pengecualian Masyarakat Qumran yang dipanggil Essene oleh sesetengah orang. Philo mengatakan dengan cukup jelas bahawa Bulan-bulan Baru ditentukan dengan konjunksi-konjunksi, yang dihitung dalam sekolah-sekolah astronomi. Satu bulan adalah waktu dari satu konjunksi ke konjunksi berikutnya. Tiada penangguhan dan tidak pernah ada penangguhan yang dirakamkan dalam zaman Bait Suci. Ini telah dikaji dalam karya Komentar atas Karya Doktrinal UCG Patutkah Umat Kristian Memelihara Bulan Baru? (No. 124).

 

Philo berkata:

“Ini adalah Bulan Baru, atau permulaan bulan lunar, iaitu waktu antara satu konjunksi dan yang berikutnya, dan panjangnya telah dihitung dengan tepat dalam sekolah-sekolah astronomi.” (Judaeus, Philo, The Special Laws, II, XXVI, 140, Risalat oleh F.H. Colson, Harvard University Press: Cambridge, MA, 1937).

 

Itu adalah kedudukan sejarah yang diketahui dan merupakan kedudukan sistem Bait yang betul yang diketahui. Tiada buktipun yang menganjurkan bahawa mereka merenungkan penangguhan-penangguhan sehingga selepas kejatuhan Bait itu, seperti yang kita perhatikan dari Talmud, kerana penangguhan-penangguhan itu tidak wujud sehinggalah selepas kompilasi Mishnah pada sekitar 200 CE.

 

Timbulnya penangguhan-penangguhan ini telah dikaji dalam karya Kalendar dan Bulan: Penangguhan atau Perayaan? (No. 195) dan juga dalam berbagai FAQs (Soalan-soalan Lazim) tentang persoalan ini.

Sistem Bait seperti yang digambarkan dalam Septuagint (LXX)

Teks berkenaan Perhitungan Omer dalam LXX telah diperiksa dalam karya Pentakosta: Membandingkan Imamat 23:11-22 di dalam Septuagint, yang kini telah digantikan oleh karya ini.

 

Terjemahan Septuagint atau Tujuh Puluh (LXX) adalah terjemahan teks Ibrani ke dalam Yunani yang dilengkapkan di Alexandria. Jadi, ia sepatutnya mengikut teks Ibrani. Perbezaan-perbezaan patut menyoroti pandangan-pandangan teologi yang dipertikaikan dalam pemikiran rabbinikal yang kemudian. Terjemahan LXX yang digunakan di sini adalah terjemahan oleh Sir Lancelot C.L. Brenton (London, 1851, Hendrickson, cetakan semula 1992). Teks Yunani dirumikan untuk tujuan karya ini.

 

Imamat 23:15-17 Kemudian kamu harus menghitung, mulai dari hari sesudah sabat itu, yaitu waktu kamu membawa berkas persembahan unjukan, harus ada genap tujuh minggu; 16 sampai pada hari sesudah sabat yang ketujuh kamu harus hitung lima puluh hari; lalu kamu harus mempersembahkan korban sajian yang baru kepada TUHAN. 17 Dari tempat kediamanmu kamu harus membawa dua buah roti unjukan yang harus dibuat dari dua persepuluh efa tepung yang terbaik dan yang dibakar sesudah dicampur dengan ragi dari hulu hasil kepada TUHAN (LXX). [KJV menterjemahkan bahagian akhir sebagai yang merupakan hulu hasil bagi Tuhan]

 

Kai arithmesete umin apo tes epaurion tõn sabbatõn, apo tes emeras es an prosenegkete to dragma tou epithematos, epta ebdomadas oloklerous, eõs tes epaurion tes eschates ebdomados arithmesete pentekonta emeras, kai prosoisete thusian nean tõ Kuriõ.

 

KJV secara dasarnya adalah sama dengan LXX dalam teks selebihnya dan dipetik untuk perbandingan.

 

Imamat 23:18-22  Beserta roti itu kamu harus mempersembahkan tujuh ekor domba berumur setahun yang tidak bercela dan seekor lembu jantan muda dan dua ekor domba jantan; semuanya itu haruslah menjadi korban bakaran bagi TUHAN, serta dengan korban sajiannya dan korban-korban curahannya, suatu korban api-apian yang baunya menyenangkan bagi TUHAN. 19 Kemudian kamu harus mempersembahkan seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, dan dua ekor domba yang berumur setahun sebagai korban keselamatan. 20 Imam harus mengunjukkan semuanya beserta roti hulu hasil itu sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN, beserta kedua ekor domba itu. Semuanya itu haruslah menjadi persembahan kudus bagi TUHAN dan adalah bagian imam. 21 Pada hari itu juga kamu harus mengumumkan hari raya dan kamu harus mengadakan pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya di segala tempat kediamanmu turun-temurun. 22 Pada waktu kamu menuai hasil tanahmu, janganlah kausabit ladangmu habis-habis sampai ke tepinya dan janganlah kaupungut apa yang ketinggalan dari penuaianmu, semuanya itu harus kautinggalkan bagi orang miskin dan bagi orang asing; Akulah TUHAN, Allahmu." (KJV)

 

Ianya jelas, dari teks LXX dan terjemahan Brenton, bahawa teks itu memulakan perhitungan hari selepas Sabat, tujuh minggu lengkap.

 

Tiada keraguan lagi bahawa perhitungan ini melibatkan Hari Kudus Pertama Perayaan melainkan di mana ia jatuh pada hari Sabat mingguan.

 

Perkataannya dalam bahasa Yunani adalah Sabbatõn dan perkataan ini menterjemahkan perkataan Ibrani Shabbath. Tidak mungkin perayaan Hari Raya (Hari Kudus) dimaksudkan kerana teks dalam bahasa Ibrani cukup jelas dalam Imamat 23 bahawa terdapat tiga jenis hari Sabat yang dirujukkan dalam teks itu. Tiga jenis itu adalah Shabbath (SHD 7676) atau Sabat mingguan, Shabbathown (SHD 7677) atau Hari Raya (Hari Kudus) yang disabatkan, dan Shabbath Shabbathown dalam kasus Hari Pendamaian, iaitu Sabat yang disabatkan atau Sabat mahakudus. Hari Pendamaian jelas mengatasi semua hari yang lain dan dikenalpasti di bawah panggilan Sabbath (Sabat).

Menghitung Pentakosta dan Tiga Jenis Sabat

Imamat 23 cukup jelas dari penggunaan istilah-istilah dalam bahasa Ibrani bahawa cara penghitungan Pentakosta (secara literal menghitung lima puluh) melibatkan tujuh Sabat lengkap atau sempurna. Imamat 23 sangat tepat dalam teks Ibrani itu berkenaan penggunaan istilah-istilah untuk Shabbath, Shabbathown dan Shabbath Shabbathown. Istilah Shabbathown timbul dari Imamat 23:24,39. Sehingga bahagian tersebut dalam teks itu, Sabat digunakan secara khusus, dan hanya merujuk kepada Sabat mingguan sebagai berbeza dari Hari-hari Raya, yang dipanggil perkumpulan kudus (qodesh miqra’ SHD 6944, 4744). Perayaan Sangkakala-sangkakala adalah Shabbathown dan dikenali sebagai qodesh miqra’ (disebut chodesh mikraw). Pertemuan-pertemuaan kudus Perayaan Pondok Daun dan Hari Besar Terakhir juga adalah Shabbathown. Maka terdapat perbezaan jelas antara Shabbath dan Shabbathown perayaan-perayaan itu dan juga Shabbath Shabbathown Hari Pendamaian, iaitu Sabat yang paling kudus. Maka Shabbath Shabbathown digunakan hanya untuk Sabat dan Hari Pendamaian saja (Imamat 23:3,32).

 

LXX mengekalkan perbezaan antara Shabbath dan Shabbathown dengan menggunakan istilah Yunani sabbaton untuk Shabbath dan istilah anapausis atau perhentian untuk Shabbathown di mana ia digunakan dalam Imamat 23 (iaitu ayat 24 dan 39). Pengertiannya adalah memberi perhentian (dari SGD 373 anapauo, lihat Thayers, halaman 40). Maka LXX mengekalkan ciri perbezaan antara hari Sabat dan Hari Raya (Hari Kudus) dengan menggunakan istilah-istilah sabbaton dan anapausis yang kedua-duanya adalah istilah untuk perhentian untuk Shabbath dan Shabbathown. Penggunaan ini menunjukkan dengan jelas dan sengaja bahawa istilah-istilah yang digunakan dalam penghitungan untuk Pentakosta hanya melibatkan Sabat mingguan saja dan tidak Hari Raya. Ini adalah bukti jelas bahawa, pada waktu kompilasi LXX, 6 Sivan tidak difikirkan dalam penghitungan Pentakosta dan bahawa ianya difahami melibatkan Sabat mingguan.

Tidak sekalipun istilah Shabbathown digunakan bila melibatkan Pentakosta. Maka ianya mustahil untuk Hari-hari Raya perayaan Roti Tidak Beragi dilibatkan dalam pembinaan penghitungan itu, sama ada pada permulaannya atau pada Pentakosta sendiri. Hari Pentakosta adalah hari berikutnya sesudah Sabat ketujuh dan ia merupakan pertemuan kudus (SHD 6944; 4744; qodesh miqra’: lihat juga Green, Interlinear Bible). Istilah pertemuan kudus di sini menyusul Sabat mingguan dan ianya konsisten dalam bahagian ini hingga menjadikan Hari-hari Raya jelas berbeza dari Shabbath atau Sabat mingguan. LXX memecahkan teks itu supaya tiada kebingungan antara Sabbaton (untuk Shabbath) mingguan dan pertemuan kudus pada hari berikutnya. Penjelasan qodesh mikra’ diberikan pada Sangkakala-sangkakala (Imamat 23:24) di mana ia dikenalpasti sebagai satu Shabbathown. LXX menggunakan anapausis untuk Shabbathown di sini dalam ayat 24.

Tiada sebab apa sekalipun untuk menegaskan bahawa LXX berbeza dalam caranya menentukan Pentakosta atau bahawa Hari-hari Raya terlibat dalam penghitungan itu, atau bahawa ada benda lain terlibat selain dari Sabat-sabat mingguan. Tiada sebab untuk menegaskan bahwa penghitungan itu tidak bermula dan berakhir pada hari sesudah Sabat-sabat mingguan. Hari selepas Sabat adalah, dan sentiasa adalah, hari pertama dalam minggu, iaitu hari yang dikenali sebagai hari Minggu dalam sistem Rumi. Penentuan 6 Sivan merupakan salah tanggap Farisi bagi sistem Pentakosta itu, yang berdasarkan tradisi-tradisi rabbinikal, demi untuk mengelak dari mempunyai sistem Sabat ganda dua yang berterusan. Judaisme rabbinikal nampaknya telah sengaja menyalah tafsir kalendar itu di bawah Hillel II demi untuk mengekalkan tradisi-tradisinya bertentangan dengan pandangan alkitabiah yang jelas. Perkembangan kalendar itu dikenalpasti dalam karya Kalendar Tuhan (No. 156). Persembahan Unjukan Berkas pada 16 Nisan dari salah tafsir rabbinikal itu telah dicatatkan oleh Josephus pada akhir abad pertama CE (A of J, Bk. 3, Ch. 10, Pt. 5) dan juga oleh Philo (De spec. leg., ii 29 (162)) sekitar 40 CE.

Pembelaan sistem rabbinikal itu oleh beberapa penyokong Judaisme bersifat Farisi dalam Jemaat-jemaat Tuhan mengabaikan keseluruhan bukti sejarah dalam penentuan Pentakosta. Alasan untuk 6 Sivan dari LXX tiada dasarnya. Lagipun, penjelasan dari sejarah adalah menyakinkan.

Sejarah Judeo-Kristian Awal Berkaitan Pentakosta

Pentakosta ditentukan oleh semua cabang keimanan Kristian dari abad-abad awal sebagai dihitung dari hari Minggu Roti Tidak Beragi selama lima puluh hari dan diisytiharkan pada hari Minggu selepas Sabat ketujuh oleh seluruh jemaat. Hal ini menunjukkan bahawa jemaat mula-mula telah menolak amalan Farisi itu. Lukas 4:16 dan Kisah 16:13 menunjukkan bahawa ianya melibatkan minggu-minggu yang lengkap. Malah sewaktu kontroversi Quarto-deciman berleluasa dalam abad kedua, ianya tidak pernah dipertikaikan bahawa hari Minggu Roti Tidak Beragi adalah hari yang betul untuk memulakan perhitungan ke Pentakosta itu. Ianya jelas bahawa Pentakosta telah dipelihara secara universal oleh semua cabang keimanan Kristian, pada hari Minggu selama hampir seluruh sejarahnya. Hanya pada abad kedua puluh saja barulah Pentakosta mula dipindah dalam Jemaat-jemaat Tuhan dan itupun kerana kejahilan semata-mata tentang kedudukan kedua-dua Yehuda dan jemaat dalam sejarah.

 

Pemeliharaan Pentakosta atau Perayaan Tujuh Minggu pada abad-abad awal sebelum dan yang memulakan era sekarang ini memperlihatkan pembahagian runcing dalam Judaisme. Orang Farisi merayakan Pentakosta pada 6 Sivan sedangkan orang Saduki sentiasa merayakannya pada hari Minggu lima puluh hari selepas Unjukan berkas, yang juga dirayakan mereka pada hari Minggu Roti Tidak Beragi. Golongan Therapeutae, ataupun Essene Palestin, di mana Therapeutae nampaknya adalah cabangnya, tidak merayakan Pentakosta, iaitu perayaan utama mereka, pada 6 Sivan. Mereka memanggilnya Hari Raya Tujuh Minggu atau Pembaharuan Perjanjian. Mereka mempunyai tahun yang mempunyai tujuh kitar atau putaran lima puluh hari dan tiap satunya berakhir dengan satu perayaan pertanian (Schurer History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Vol. II, halaman 595-597).

 

Perayaan Hari Raya Tujuh Minggu yang berbeza oleh semua mazhab Yahudi berpunca secara langsung dari penafsiran perkataan Sabbath (Sabat) dalam Imamat 23:11,15. Orang Saduki, dan khususnya cabang Boethusian, memahaminya sebagai Sabat yang sebenarnya, iaitu Sabat mingguan (lihat Schurer, ibid., Vol. II, halaman 410), menolak tradisi-tradisi Farisi dan memilih teks-teks literal itu (ibid, halaman 408-411). Maka Unjukan berkas dan Pentakosta sentiasa jatuh pada hari pertama dalam minggu, atau hari Minggu. Orang Farisi memahami istilah dalam Imamat 23:11 sebagai merujuk kepada hari raya pertama dalam minggu Paskah, 15 Nisan (Schurer, Vol. III, halaman 312). Buku Segala Yobel (Book of Jubilees), yang lebih awal dari Mishnah serta Philo dan Josephus menafsirkan Sabat sebagai hari terakhir dalam minggu Paskah, 21 Nisan (Schurer, ibid.). Schurer berpendapat bahawa amalan Farisi ini disokong oleh terjemahan Septuagint bagi Imamat 23:11 [te epaurion tes prõtes] dan bahawa ia berlaku pada zaman Philo (De spec. leg. ii 29 (162), dan Josephus A of J, iii 10,5 (248). Menurut DSS Damascus Rule (Peraturan Damascus DSS iaitu Skrol-skrol Laut Mati), kumpulan Essene menganjurkan kalendar Yobel (ibid.). Kalendar Yobel nampaknya telah bermula dari Hasidim pra-Essene pada pertengahan pertama abad kedua, iaitu sekitar 10 BCE (SM) (Schurer, Vol. III, halaman 314).

 

Jadi masalahnya jelas kelihatan sebagai satu perpecahan dalam Judaisme yang timbul dari abad kedua BCE (SM), yang menyaksikan sekurang-kurangnya tiga divisi atau pihak. Philo dan Josephus menyokong pandangan Farisi itu. Kumpulan Saduki adalah kumpulan literalis (harfiah) yang mentertawakan tradisi-tradisi orang Farisi. Mereka dikatakan, oleh beberapa penulis awal jemaat, telah memberikan penghormatan kekanunan hanya kepada Torah (Taurat) yang ditulis, kerana dengan menolak tradisi-tradisi Farisi, mereka juga menolak para nabi. Pandangan ini kini ditolak oleh sarjana-sarjana moden. Mereka menerima ajaran para nabi sebagai berkanun, dan hanya menolak tradisi (Schurer, Vol. II, halaman 407-408). Tiada satupun umat Yahudi atau Kristian sejati yang tidak menerima kanun Perjanjian Lama secara keseluruhannya, dan umat Kristian meletakkannya sama-sama dengan Perjanjian Baru.

 

Schurer berpendapat bahawa orang Farisi memutuskan bahawa persembahan Unjukan Berkas dibuat pada hari raya pertama dalam minggu Paskah, iaitu 15 Nisan dari terjemahan LXX terhadap Imamat 23:11 yang berbunyi:

 

…pada keesokannya pada hari pertama imam itu harus mengunjukkannya (Brenton terjemahan LXX, Imamat 23:11).

 

Schurer menganggap ini sebagai 15 Nisan jika pagi hari pertama dianggap sebagai Hari Raya pertama dalam Perayaan Roti Tidak Beragi.

 

Bagaimanapun Josephus jelas menyatakan bahawa 16 Nisan adalah tarikh yang digunakan untuk persembahan Unjukan itu dan dengan itu pandangan Farisi itu tidak mungkin adalah maksud sebenar teks ini dalam LXX. Hari pertama adalah hari sesudah Sabat, iaitu hari pertama minggu, atau hari Minggu.

 

Hari pertama minggu, atau hari Minggu, adalah maksud yang difahami yang diterima oleh golongan Saduki dan juga oleh seluruh jemaat Kristian mula-mula. Ingat, LXX menterjemahkan teks Ibrani, yang berbunyi pada pagi sesudah Sabat dia akan mengunjukkannya. Maka pertimbangan pro-Farisi adalah berbentuk sirkular atau berpusing-pusing. Maka terjemahan Yunani bagi teks Ibrani digunakan untuk menafsirkan semula maksud jelas teks asal itu. Terjemahan LXX mensahkan, dengan penggunaan istilah hari pertama, bahawa hari pertama minggu, iaitu hari sesudah Sabat (Imamat 23:11, MT) iaitu hari Minggu, adalah yang terlibat. Nisan 16 bukanlah hari pertama - ia adalah hari kedua Roti Tidak Beragi dan, sebenarnya, merupakan hari ketiga dalam struktur Paskah/Roti Tidak Beragi jika waktu persiapan serta komen-komen Perjanjian Baru diambil kira berdasarkan Ulangan 16:6. LXX difahami dalam konteks itu oleh jemaat Kristian yang mula-mula. Tambahan pula, Kristus adalah persembahan Unjukan berkas dan dia ditunjukkan tanpa ragu-ragu telah naik sebagai Unjukan berkas pada pagi hari pertama minggu, atau hari Minggu (te de mia tõn Sabbatõn; Lukas 24:1; Yohanes 20:1). Teks Imamat 23:15 mensahkan pandangan ini seperti yang kita saksikan dari berbagai terjemahan (lihat karya Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159)).

 

Satu lagi aspek tentang Jemaat abad pertama adalah bahawa Perayaan Tujuh Minggu ada disebutkan dalam Kisah 16:12-13 di mana Sabbatõn dituliskan dalam bentuk plural sebagai Sabbaths (Sabat-sabat) oleh Marshall dalam Teks Utama Interlinear. Dari penungguan yang terlibat, ianya disimpulkan bahawa terdapat jarak antara Sabat dan Pentakosta. Ini tidak jelas dari teks itu. Penungguan itu adalah sehingga waktu Sabat-sabat jika kata plural itu sememangnya satu rujukan kepada Pentakosta. Maka mereka pergi ke satu tempat ibadah pada hari Sabat dan ditangkap dan dipenjarakan sepanjang apa yang mungkin adalah Pentakosta. Istilah Sabbatõn merujuk kepada Sabat mingguan dalam bahasa Yunani seperti yang telah kita lihat dan hanya Sabat mingguan saja yang boleh dimaksudkan di sini, tetapi bagaimanapun penungguan itu adalah untuk peristiwa itu – sama ada hari Sabat atau hujung minggu Pentakosta, apa sekalipun kasusnya. Istilah yang sama digunakan dalam Lukas 4:16 (lihat Marshall). Ia menunjukkan satu pengelompokan dan bukannya peristiwa-peristiwa berasingan dan juga menandakan bahawa Pentakosta menyusuli Sabat mingguan.

 

Dengan itu tiada pandangan yang menyokong Pentakosta 6 Sivan dari Kitab Suci. Ia bersandar sepenuhnya pada Tradisi-tradisi Lisan Farisi, seperti yang ditunjukkan oleh pandangan-pandangan Saduki dan Jemaat mula-mula. Tambahan lagi, patut diperhatikan bahawa dalam setiap kasus lain di mana satu tarikh khusus Kalendar Ibrani dimaksudkan maka perayaannya dinyatakan dari segi hari khusus dan bulan khususnya. Bahawa ini tidak berlaku dengan Pentakosta adalah satu lagi tanda bahawa tarikh tetap dimaksudkan atau dibayangkan di sini.

Roti dan Gandum Baru

Satu lagi masalah yang timbul dari penyalahgunaan LXX ini berkaitan dengan pemakanan roti dan gandum (dari Imamat 23:14). Brenton menterjemahkan teks itu:

And ye shall not eat bread or the new parched corn, until this same day, until ye offer the sacrifice to your God: it is a perpetual statute throughout your generations in all your dwellings.

 

Sampai pada hari itu juga janganlah kamu makan roti, atau bertih gandum atau gandum baru, sampai kamu telah membawa persembahan Allahmu; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagi kamu turun-temurun di segala tempat kediamanmu.

 

Teks ini menterjemahkan MT, yang berbunyi:

Leviticus 23:14  And ye shall eat neither bread, nor parched corn, nor green ears, until the selfsame day that ye have brought an offering unto your God: it shall be a statute for ever throughout your generations in all your dwellings. (KJV)

 

Imamat 23:14  Sampai pada hari itu juga janganlah kamu makan roti, atau bertih gandum atau gandum baru, sampai kamu telah membawa persembahan Allahmu; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagi kamu turun-temurun di segala tempat kediamanmu. (KJV)

 

Teks ini merujuk kepada bertih gandum yang baru seperti yang kita perhatikan dari perkataan Ibrani (SHD 3759) karmel yang bererti bulir-bulir gandum dari padang. Green menafsirkan perkataan itu sebagai gandum baru (The Interlinear Bible). Istilah untuk roti (arton) menterjemahkan perkataan Ibrani (SHD 3899) lechem yang bererti makanan (untuk orang atau binatang) khususnya roti atau gandum. Jika diambil secara literal maka tiada hasil gandum, malah makanan sekalipun, yang boleh dimakan sehinggalah Unjukan berkas. Pandangan ini bercanggahan dengan hukum alkitabiah. Malah pandangan ini berkontradiksi dalam teks yang sama, berkenaan dengan jamuan dan persembahan Paskah atau Hari Raya Pertama Roti Tidak Beragi (Keluaran 12:18; Imamat 23:6; Ulangan 16:8).

 

Teks dalam Yosua menunjukkan maksudnya. Bersama dengan teks di sini yang bererti gandum baru kita perhatikan bahawa apa yang dilarang adalah gandum baru dan semua hasil yang dibuat dari gandum baru itu. Roti tidak beragi dan semua jamuan hingga setakat Unjukan berkas dibuat daripada gandum simpanan dari tahun-tahun sebelumnya sehingga pagi hari Minggu apabila gandum baru boleh digunakan.

 

Yosua 5:10-12  Sementara berkemah di Gilgal, orang Israel itu merayakan Paskah pada hari yang keempat belas bulan itu, pada waktu petang, di dataran Yerikho. 11 Lalu pada hari sesudah Paskah mereka makan hasil negeri itu, yakni roti yang tidak beragi dan bertih gandum, pada hari itu juga. 12 Lalu berhentilah manna itu, pada keesokan harinya setelah mereka makan hasil negeri itu. Jadi orang Israel tidak beroleh manna lagi, tetapi dalam tahun itu mereka makan yang dihasilkan tanah Kanaan.

 

Di sini pada pagi sesudah Paskah, iaitu pada 15 Nisan, gandum lama dimakan. Ia bukan gandum baru. Maka gandum lama digunakan sehingga waktu Unjukan berkas, kemudian barulah gandum baru boleh digunakan. Kesilapan mudah ini telah dibuat kerana orang Farisi ingin mengikuti tradisi daripada Torah (Taurat), dan itulah sebabnya mereka dihukum (Amsal 26:2).

Lain-lain Salah tafsir

Satu salah erti yang pelik (namun mungkin lebih masuk akal daripada penjelasan 6 Sivan itu) adalah berhubung premis bahawa Pentakosta adalah pada hari Isnin. Ini diperolehi dari premis bahawa perhitungan itu diakui bermula dengan hari Minggu berikutan Sabat mingguan dalam Roti Tidak Beragi dan menyusuli Sabat mingguan ketujuh. Penjelasan ini entah bagaimana telah disalahfaham hingga lima puluh hari itu termasuk hari Minggu namun Hari Raya Pentakosta tidak bermula sehinggalah waktu malam hari Minggu itu, lantas menjadikan Hari Raya ini hari Isnin. Teks ini jelas menyatakan bahawa pada pagi sesudah minggu terakhir (hebdomados, LXX) iaitu pada hari Minggu, kamu harus membawa persembahan baru kepada Tuhan. LXX menunjukkan di sini bahawa minggu terdiri dari tujuh hari dan bahawa tujuh waktu tujuh hari (hepta hebdomadas; lihat juga Mazmur 118[119]:164; Amsal 24:16 untuk strukturnya dalam LXX dan Thayers, halaman 247) terlibat di sini. Pandangan Pentakosta hari Isnin ini telah dianjurkan oleh Herbert Armstrong dari Jemaat Tuhan Radio (Radio Church of God) awal-awal dalam hidupnya namun kemudiannya ditolak sebagai sesuatu yang palsu olehnya dan lembaga Jemaat Tuhan Radio (kemudiannya menjadi Jemaat Tuhan Sedunia, WCG). Sesetengah orang yang degil tidak dapat menerima kenyataan akan kesilapan ringkas dalam proses pemikiran ini dan pandangan ini timbul sekali-sekala. Ia tidak mempunyai asas dalam hakikat mahupun sejarah, dan palsu dari segi logik dan linguistik (bahasa).

 

Apabila Kalendar Hillel diterima pada 358 CE dari pengenalannya dari Babilon (Babel) yang bermula kira-kira 344 CE, jemaat Kristian sudah begitu lama memelihara hari yang betul hinggakan ia menganggap kedudukan rabbinikal ini bukan saja tidak betul tetapi juga tidak relevan.

Sistem Easter

Kenyataannya adalah simbolisme Unjukan berkas tidak difahami oleh Kekristianan aliran umum. Mereka telah memperkenalkan simbolisme Easter atau Ishtar bagi kebangkitan hari Minggu dari kultus kesuburan musim bunga. Easter, bentuk Anglo-Saxon untuk Ishtar, adalah suatu sistem ibadat pagan yang telah menembusi Kekristianan pada abad kedua. Simbolisme ini datang dari kematian Tammuz atau Dumuzi pada hari Jumaat dan kebangkitannya pada hari Minggu. Ini mencerminkan simbolism biji dan tunas baru gandum. Ban (kuih) Easter diperolehi dari pembakaran kek kepada Ratu Langit pada perayaan Ishtar kerana dia telah membangkitkan Tammuz (Dumuzi adalah yang sepadan dengannya dari Asyur-Babilon). Ianya dikutuk oleh Alkitab (Yeremia 7:18; 44:19; SHD 3561 kavvan biskut atau kek korban). Biskut-biskut ini dikekalkan dalam simbolisme Eucharist (ekaristia) dan Monstrance. Ratapan bagi Tammuz (Yehezkiel 8:14) merujuk kepada proses ratapan dari simbolisme kematian/kebangkitan Easter.

 

Salah tafsir Paskah dan Roti Tidak Beragi, dalam kekacauannya dengan sistem Jumaat/Easter hari Minggu, tidak membatalkan sistem alkitabiah ataupun keperluan untuk memelihara persembahan Unjukan berkas pada hari Minggu yang jatuh dalam waktu tujuh hari Roti Tidak Beragi sesudah Sabat mingguan. Tuntutan untuk merayakan Pentakosta pada hari Minggu selepas Sabat lengkap yang ketujuh, atau minggu lengkap ketujuh, merupakan arahan alkitabiah yang jelas (Sabat lengkap adalah waktu yang ditujuhkan, iaitu satu minggu dengan tujuh hari, lihat karya Kalendar Tuhan (No. 156), halaman 2-3).

 

Masalah yang menyebabkan kebingungan dalam aspek ini adalah urutannya apabila hari Minggu jatuh pada 15 Abib dan Sabat adalah 14 Abib, yang biasanya adalah hari persiapan. Dengan itu Hari Raya Pertama juga adalah Unjukan Berkas. Ini tidak memberi sebarang masalah bagi Judaisme, bagaimanapun ada orang yang menganggap hari Sabat sebagai berada di luar perayaan dalam kasus ini dan Unjukan Berkas sepatutnya menyusuli Hari terakhir, iaitu Sabat di dalam waktu perayaan ini. Hakikatnya adalah bahawa hari ke 14 adalah sebahagian dari waktu Perayaan itu dan Unjukan Berkas telah sentiasa dipandang sebagai berada dalam waktu perayaan ini.

 

Pendapat 6 Sivan itu bersandar pada gambaran perintah alkitabiah dengan salah yang disengajakan yang didasarkan pada salah tafsir Judaisme rabbinikal, walaupun nampaknya bukan semua pengikut Judaisme menyetujuinya. Para penyokongnya dalam Kekristianan didorong oleh keinginan sejati untuk memeluk dan mengikut sistem asal dengan betul. Mereka harus dipuji kerana semangat mereka namun diperbetulkan kerana kesilapan mereka.

Perhitungan Omer dan Pentakosta Samaria

Pendirian yang diikuti oleh orang Samaria, walaupun tidak betul dalam sentiasa memelihara hari Tahun Baru pada Bulan Baru yang menyusuli ekuinoks, bagaimanapun sependapat dengan sistem Bait berhubungan Bulan-bulan Baru, dan sentiasa mengikuti konjunksi seperti mana yang dilakukan mereka sejak zaman Bait.

 

Bagaimanapun, Kristus tidak memperdulikan mereka sebagai satu sistem pada mulanya sebagaimana dia juga tidak menghiraukan bangsa-bangsa bukan Yahudi, dan mengutus murid-muridnya kepada domba-domba hilang dari Rumah Israel dan bukan kepada orang Samaria, yang juga menuntut mereka adalah keturunan Israel dan Yusuf (Matius 10:5-6). Maka keturunan mereka dianggap sebagai dipersoalkan pada waktu itu. Bagaimanapun mereka memiliki keimamatan Lewi yang dikatakan adalah keturunan sejati sehinggalah baru-baru ini dan mungkin lebih lagi dari Lewi dalam Yehuda.

 

Imamat 23:15 dari Torah Samaria menyatakan: “Kemudian kamu harus menghitung, mulai dari hari sesudah sabat itu, yaitu waktu kamu membawa berkas persembahan unjukan, harus ada genap tujuh minggu”

 

Tujuh minggu Omer dihitung dari hari Minggu dalam Perayaan Roti Tidak Beragi. Pentakosta kemudiannya dirayakan pada Hari Pertama minggu, iaitu hari Minggu, dari minggu kelapan. Nama minggu-minggu ini seperti yang diberikan dalam tulisan orang Samaria tentang sistem mereka (KS) adalah seperti berikut.

 

1. “Minggu penyeberangan Laut (Teberau)” (Keluaran 14:26-15:21);

 

2. “Minggu pengubahan air marah” [kepahitan] (Keluaran 15:22-26);

 

3. “Minggu elim, di mana mereka menjumpai dua belas mata air dan tujuh puluh pohon korma” (Keluaran 15:27-16:3);

 

4. “Minggu manna, yang jatuh atas mereka dari langit di padang gurun” (Keluaran 16:4-36);

 

5. “Minggu pengeluaran air dari batu” (Keluaran 17:1-7);

 

6. “Minggu perlawanan-perlawanan menentang ‘Amaleq’” (Keluaran 17:8-17);

 

7. “Minggu berdiri atas Gunung Sinai” (Keluaran 19:1 dan seterusnya).

 

(rujuk Sylvia Powels, The Samaritans, disunting oleh Alan Crown.)

 

Urutan Perhitungan Omer juga diperiksa dalam karya Pentakosta di Sinai (No. 115).

 

Semua penjelasan di atas menunjukkan bahawa Perhitungan Omer bermula dari hari Minggu dalam waktu Perayaan Roti Tidak Beragi dan berakhir dengan Pentakosta atau Perayaan Tujuh Minggu pada hari ke 49 dan ke 50 iaitu hari Sabat dan hari Minggu masing-masingnya sebagai sistem dua hari. Inilah sistemnya dari dulu, dan ini masih merupakan sistem yang digunakan dalam kebanyakan jemaat-jemaat Tuhan sekalipun mereka yang salah mengikuti Kalendar Hillel dalam hal-hal lain.

 

q