Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[289]

 

 

 

 

Perkahwinan [289]

(Edisi 1.0 20001220-20001220)

 

Perkahwinan ialah institusi terpenting dalam bangsa. Ia dasar bangsa dan membayangkan secara jasmaniah hubungan kita dengan Tuhan dan Kristus secara rohaniah. Ia begitu asas sekali hingga keselamatan seluruh manusia didasarkan pada pengertian dan pelaksanaan tepat hubungan-hubungan ini di kalangan umat pilihan sebagai pengantin-pengantin Kristus dalam bangsa Israel.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 2000 Wade Cox dan Erica Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Perkahwinan [289]




Ciptaan Zaman Adam

 

Dalam meneliti perkahwinan kita mula-mula perlu kembali kepada semula, kepada ciptaan manusia.

 

Iblis telahpun memberontak menentang Tuhan sebab hal ini. Dia fikir dia boleh melakukan tugas menguruskan alam semesta dengan sama baik, kalau tidak lebih baik lagi.(Yehezkiel 28:1-10).

 

Nampaknya dia membenci ciptaan spesis manusia dan mula mencipta spesis-spesisnya sendiri, contohnya dinosaur, orang neanderthal, orang cro-magnon dsb.

 

Iblis hadir di Taman Eden, dan Adam dan Hawa diingatkan khusus sekali tentang makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan. Patut diingati bahawa di dalam Alkitab makanan juga boleh bererti makanan rohani dan kita harus bijak meneliti apa yang kita pilih untuk belajar. Pesan Iblis adalah tentang makanan yang dilarang makan bagi mereka. Dia mula berusaha sejak zaman ciptaan Adam untuk memusnahkan hubungan manusia dengan Tuhan.

 

Dengan mencipta seorang isteri untuk Adam, Tuhan mewujudkan suasana sekitaran stabil dalam mana lelaki dan perempuan boleh sama-sama tumbuh dalam hubungan penuh kasih dan menjaga anak-anak mereka. Salah satu pengajaran terawal untuk Adam ialah penamaan setiap makhluk ciptaan. Dengan menunjukkan kepadanya segala tanggungjawabnya terhadap makhluk-makhluk itu dan penjagaan taman itu, Adam juga sedang diajar bahawa dia akan bertanggungjawab untuk segala keperluan jasmaniah dan emosional keluarganya.

 

Tuhan, melalui Kristus, telah memberikan satu set hukum untuk mentadbir kehidupan individu dan masyarakat yang berdasarkan sifatNya dan untuk menggambarkan jenis hubungan yang kita patut ada denganNya. Justeru itu, keluarga ialah pusat kepada Hukum Tuhan. Hukum-hukum berhubungan dengan keluarga ialah: perintah kelima, dalam menghormati ibubapa; perintah keenam dalam kesucian hidup dan dalam mempertingkatkan kehidupan pasangan kita, anak-anak kita, keluarga lanjutan, masyarakat dan bangsa; perintah ketujuh dalam mana zinah dilarang; perintah kelapan berhubungan pencurian; perintah kesembilan dalam mana dusta palsu dilarang dan perintah kesepuluh dalam mengingini isteri orang lain, dsb.

 

Hakikatnya keluarga dipengaruhi di mana saja hukum dilanggar. Pusat kepada keluarga ialah Tuhan.

 

Penetapan wibawa

 

Apakah sebuah keluarga? Keluarga ialah inti sistem. Ia bermula dengan dua individu, bapa dan ibu diikuti oleh anak-anak, namun ia lebih besar daripada itu. Kamus Penterjemah Alkitab, The Interpreter’s Dictionary of the Bible, Abingdon Press 1962, 1980 ms 238f. menyatakan:

 

Oleh sebab perkahwinan bersifat patriak – iaitu berpusatkan bapa – di kalangan umat Alkitab, keluarga merupakan sebuah masyarakat orang, berkaitan melalui ikatan perkahwinan dan persaudaraan, dan diperintah oleh wibawa bapa. Keluarga alkitabiah, khususnya perkahwinan poligami, besar. Ini termasuk bapa, ibu (ibu-ibu), anak-anak lelaki, anak-anak perempuan, saudara lelaki, saudara perempuan (hingga perkahwinan mereka), datuk nenek, sanak saudara lain, serta hamba, gundik, dan orang yang singgah (orang asing). Orang Israel digalakkan untuk mempunyai keluarga besar, untuk sebab-sebab ekonomi serta agama. Keluarga membesar dengan kelahiran dan dengan perjanjian yang dibuat dengan kumpulan dan individu lain. Kesetiakawanan keluarga dikekalkan oleh aturannya di sekeliling bapa ini dan dengan penerapan prinsip keadilan ganti rugi dari segi tanggungjawab perbadanan (keluarga).

 

Ia selanjutnya menyatakan bahawa:

 

Keluarga berfungsi sebagai masyarakat agama, mengekalkan adat-adat dahulu dan menyampaikannya melalui pengajaran dan ibadat. Daya kuasa yang mengancam keutuhan dan keselamatan keluarga, seperti perubahan ekonomi serta pengaruh budaya dan agama asing, ditentang keras oleh ramai penulis alkitabiah. Kepentingan keluarga harus dilihat dalam unjukan konsep ini melebihi batas-batas keluarga sebegitu. Ia kemudiannya merujuk kepada suku-suku Ibrani, bangsa-bangsa Israel dan Yehuda, bangsa-bangsa asing, dan kepada seluruh Israel, dipandang sebagai sebuah masyarakat iman lebih daripada sebagai satu bangsa. Dalam Perjanjian Baru ia juga mengenal pasti masyarakat Kristian.

 

Justeru, kita lihat bahawa keluarga meliputi sanak saudara, dan juga termasuk sesiapa hamba dan pengunjung, suku, dan kemudian kepada bangsa. Kesihatan dan kesejahteraan unit-unit yang lebih kecil dicerminkan dalam masyarakat secara keseluruhannya. Keluarga beroperasi di bawah Hukum-hukum Tuhan dan dengan itu bangsa juga (lihat Hukum dan Perintah Tuhan Kelima (No. 258)).

 

Illustrated Bible Dictionary (Inter-Varsity Press, Tyndale House Publishers 1980, Bahagian I, ms 500) menyatakan bahawa:

 

Walaupun pada waktu penciptaan monogami nampaknya dimaksudkan, poligami (poligini bukan poliandri) diasaskan.

 

Hakikat bahawa ini bukan rencana Tuhan ditunjukkan oleh gambaran Israel secara nubuatan sebagai pengantin tunggal Tuhan (Yesaya 50:1; 54:6-7; 62:4-5; Yeremia 2:2; Yehezkiel 15; Hosea 2:4 dan seterusnya)

 

Mari kita lihat istilah-istilah ini sebentar.

 

Gundik

 

Hukum alkitabiah dan kedudukan seorang hamba, hamba perempuan, gundik dan sebagainya, berbeza berbanding perempuan bebas. Gundik ialah perempuan yang dijual kepada seorang lain. Dia kadangkala dipanggil hamba yang dibayar.

 

Keluaran 21:8 menunjukkan bahawa dalam mana seorang perempuan dijual oleh bapanya untuk menjadi hamba perempuan kepada seorang yang telah menyediakannya untuk dirinya sendiri dan perempuan itu tidak disukai tuannya, dia tidak boleh menjualnya semula kepada bangsa asing. Selanjutnya jika perempuan itu dibeli untuk anak tuannya maka dia harus melayannya seperti anak perempuan. Dalam ayat 10, jika dia berkahwin sekali lagi dia harus memberi hamba perempuan itu makanan, pakaian dan persetubuhan. Sekiranya tuannya gagal memberi salah satu ini perempuan itu diizinkan pergi tanpa membayarnya apa-apa wang tebusan.

 

Jika seorang lelaki berhubungan kelamin dengan seorang gundik/hamba perempuan yang disediakan/ditunangkan kepada seorang suami seperti dalam keadaan di atas, perempuan itu boleh dicambuk kerana perbuatannya tetapi tidak dibunuh, sebab dia tidak bebas.

 

Ayat-ayat kitab selanjutnya berkaitan pertunangan boleh ditemui dalam Ulangan 20:7 dan 28:30.

 

Pertunangan

 

Perkataan “bertunangan” yang digunakan dalam Perjanjian Baru ialah SGD 3423. Bagaimanapun, ia hanya digunakan tiga kali dalam Matius 1:18, Lukas 1:27 dan Lukas 2:5. Ayat-ayat ini menyebut tentang Mariam sebagai perawan yang bertunangan dengan Yusuf. Mariam ialah isterinya walaupun perkahwinan rasmi belum lagi diadakan dan belum berkelamin.

 

Perkataan “isteri” umumnya diterjemahkan daripada Perjanjian Baru SGD 1135 atau Perjanjian Lama SHD 802. Kedua-duanya bererti sama dan merupakan istilah umum untuk perempuan yang bermakna isteri, perempuan, perawan atau perempuan sudah bertunang. Perkataan ini sering diterjemahkan sebagai isteri atau perempuan perawan dan bertunangan dengan seseorang. Lihat Lukas 2:5, Ulangan 20:7 dan ayat lain. Seorang perawan ialah seorang isteri bila bertunang, sebab dia terikat kepada seorang lelaki. Dari saat itu lelaki ini ialah suaminya.

 

Bigami

 

Bigami berlaku bila seorang lelaki mengambil isteri kedua tanpa pengetahuan isteri pertama atau isteri kedua. Ini melanggar undang-undang kebanyakan negara dan monogami dikuatkuasakan dengan undang-undang dalam banyak negara.

 

Poligami

 

Poligami dulunya wujud meluas di Israel dan hanya bererti perkahwinan banyak biasanya dalam kumpulan keluarga yang sama. Daud dan Salomo keduanya mempunyai ramai isteri. Islam mengizinkan empat isteri dan Judaisme awal mengizinkan seramai empat dan kadangkala lima isteri. Raja diizinkan hingga lapan belas isteri.

 

1Timotius 3:2 menyatakan bahawa seorang Biskop Jemaat hanya boleh beristeri seorang. Tafsiran pernyataan itu adalah menurut Hukum Tuhan. Dia boleh berkahwin lagi setelah kematian isterinya atau perceraian. Undang-undang negara harus ditegakkan dalam hal ini, dan sememangnya dengan melihat teladan Sara dan Hagar, serta Rahel dan Lea, jelas sekali bahawa ini bukannya sentiasa satu keadaan ideal (lihat karya Rahel dan Hukum (No. 281)).

 

Juga ada perintah untuk seorang lelaki memastikan bahawa balu saudara lelakinya berkahwin dan diberikan anak lelaki untuk meneruskan pusaka (lihat Dosa Onan (No. 162)).

 

Monogami

 

Meskipun rekod alkitabiah memberikan banyak contoh perkahwinan poligami, Alkitab juga menunjukkan bahawa monogami adalah amalan umum. Kisah Kejadian jelas menunjukkan bahawa perkahwinan monogami adalah yang terbaik (Kejadian 2:24). Biasanya terdapat sebab khusus bagi isteri-isteri tambahan, umpamanya keperluan seorang waris bila si isteri mandul atau telah menjadi janda sebelum seorang anak dihamilkan. Perlindungan untuk perempuan juga mungkin satu sebab Perjanjian Baru juga jelas menunjukkan bahawa monogami adalah kebiasaan umum, atau sekurang-kurangnya amalan yang digalakkan di kalangan para pendeta.

 

Tuhan mentahbiskan keluarga sebagai dasar untuk Negara dibangunkan.

 

Roma 13:1-7 Tiap-tiap orang harus takluk kepada pemerintah yang di atasnya, sebab tidak ada pemerintah, yang tidak berasal dari Allah; dan pemerintah-pemerintah yang ada, ditetapkan oleh Allah. 2 Sebab itu barangsiapa melawan pemerintah, ia melawan ketetapan Allah dan siapa yang melakukannya, akan mendatangkan hukuman atas dirinya. 3 Sebab jika seorang berbuat baik, ia tidak usah takut kepada pemerintah, hanya jika ia berbuat jahat. Maukah kamu hidup tanpa takut terhadap pemerintah? Perbuatlah apa yang baik dan kamu akan beroleh pujian dari padanya. 4 Karena pemerintah adalah hamba Allah untuk kebaikanmu. Tetapi jika engkau berbuat jahat, takutlah akan dia, karena tidak percuma pemerintah menyandang pedang. Pemerintah adalah hamba Allah untuk membalaskan murka Allah atas mereka yang berbuat jahat. 5 Sebab itu perlu kita menaklukkan diri, bukan saja oleh karena kemurkaan Allah, tetapi juga oleh karena suara hati kita. 6 Itulah juga sebabnya maka kamu membayar pajak. Karena mereka yang mengurus hal itu adalah pelayan-pelayan Allah. 7 Bayarlah kepada semua orang apa yang harus kamu bayar: pajak kepada orang yang berhak menerima pajak, cukai kepada orang yang berhak menerima cukai; rasa takut kepada orang yang berhak menerima rasa takut dan hormat kepada orang yang berhak menerima hormat. (RSV)

 

(Lihat karya Hukum dan Perintah Tuhan Keenam (No. 259)).

 

Semua kita tunduk kepada wibawa. Ramai perempuan hari ini membenci perintah alkitabiah untuk tunduk kepada suami mereka. Pengertian betul tentang peranan keluarga dan perkahwinan sepatutnya melenyapkan sebarang kebencian sebegitu dalam wanita Kristian.

 

Tuhan mencipta Adam (Kejadian 2:7) dan meletakkannya dalam Taman Eden. Dia diberi tanggungjawab menamakan semua makhluk hidup ciptaan Tuhan. Dia akan memelihara tanah dan menyediakan makanan daripadanya. Dengan kata lain manusia berkuasa atas, dan memiliki, bumi dan penghuninya, dan ini juga termasuk burung dan hidupan laut. Ini bukannya kebebasan untuk membunuh dan membinasa hanya kerana kita mampu, tetapi satu perintah untuk menjaga, memelihara dan memanfaatkan bumi serta segala isinya dengan betul. Ini satu tanggungjawab besar. Tanggungjawab ini harus dilaksanakan menurut Hukum-hukum Tuhan dan manusia dipertanggungjawabkan oleh Tuhan untuk cara dengan mana tanggungjawab ini dipergunakan. Adam diajar hukum-hukum ini (lihat Doktrin Dosa Asal Bahagian I Taman Eden (No. 246)).

 

Sejak waktu pencubaan Hawa dalam Taman Eden, Iblis terus merosakkan hubungan kita dengan Tuhan. Kita dibanjiri agama-agama palsu dan sistem-sistem pemerintahan yang palsu berabad-abad lamanya.

 

Salah satu cara terbaik untuk membinasakan sebuah negara adalah dengan merosakkan keluarga. Selama beberapa dekad kebelakangan ini perkahwinan telah diserang secara sistematik. Bukan lagi skandal untuk orang bersekedudukan di luar perkahwinan. Bukan lagi jenayah untuk mengambil bahagian dalam hubungan sejenis. Paulus memanggil ini doktrin iblis setan, yang akan digemari pada zaman akhir (Doktrin Iblis Setan Zaman Akhir (No. 48)).

 

Tujuannya adalah untuk menghancurkan masyarakat dan dengan itu menghancurkan visi dan pengharapan serta jaminan untuk generasi seterusnya. Serangan ke atas konsep penciptaan juga menghancurkan visi dan pengharapan. Kalau tiada penciptaan apakah lagi tujuan dalam hidup?

 

Hubungan antara manusia dan Tuhan dirosakkan oleh pendidikan palsu, dengan hasilnya kini kita ada berbagai agama. Keizinan seksual bukan saja merosakkan hubungan, tetapi juga merosakkan kesihatan jasmani dan rohani negara serta kesejahteraan generasi seterusnya.

 

Kita kini menyaksikan satu peningkatan dalam keganasan umpamanya perselisihan rumah tangga yang menjadi ganas, menyebabkan kecederaan kepada para isteri dan anak-anak. Kadar perceraian yang meningkat merupakan keganasan kepada pasangan dan anak-anak.

 

Pendedahan kepada keganasan melalui media membakar hati nurani kita. Anak-anak kita tidak lagi ngeri melihat pembunuhan. Mereka melihatnya dalam berita, mereka melihatnya dalam filem, mereka membunuh olok-olok dalam permainan komputer mereka. Ini satu program penyahpekaan, dan moral serta etika diruntuhkan.

 

Terdapat pengurangan dalam konsep kesucian hidup. Euthanasia telah dibincangkan secara terperinci dalam tahun-tahun kebelakangan ini serta pengklonan, khususnya untuk kegunaan bahagian-bahagian badan gantian. Korban manusia lazim bertahun-tahun lamanya pada waktu dahulu dan mungkin masih berlaku hari ini. Hari-hari cuti kita, khususnya hari cuti Amerika, berlangsung pada hari-hari korban manusia sistem-sistem pagan.

 

Kita juga menyaksikan pengikisan hukum. Terdapat kerelatifan kepada jenayah, suatu hierarki dosa. Ada jenayah yang lebih ‘boleh diterima’ daripada jenayah lain. Alkitab menyatakan bahawa melanggar satu perintah bererti melanggar semuanya.

 

Kita menyaksikan penerimaan perbuatan tidak wajar. Undang-undang terus diubah untuk mensahkan banyak perbuatan ini. Perkahwinan sejenis kini sah. Pengambilan anak angkat dalam hubungan-hubungan ini sudah mula diizinkan. Semua ini bertujuan untuk menghancurkan keluarga, menjadikan perkahwinan tidak penting dan hubungan-hubungan nyata menjadi sementara.

 

Institusi Perkahwinan

 

Manusia tidak ditentukan untuk bersendirian. Dia mempunyai seorang pembantu (Kejadian 2:18).

 

Kejadian 2:18-25  TUHAN Allah berfirman: "Tidak baik, kalau manusia itu seorang diri saja. Aku akan menjadikan penolong baginya, yang sepadan dengan dia." 19 Lalu TUHAN Allah membentuk dari tanah segala binatang hutan dan segala burung di udara. Dibawa-Nyalah semuanya kepada manusia itu untuk melihat, bagaimana ia menamainya; dan seperti nama yang diberikan manusia itu kepada tiap-tiap makhluk yang hidup, demikianlah nanti nama makhluk itu. 20 Manusia itu memberi nama kepada segala ternak, kepada burung-burung di udara dan kepada segala binatang hutan, tetapi baginya sendiri ia tidak menjumpai penolong yang sepadan dengan dia. 21 Lalu TUHAN Allah membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, TUHAN Allah mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging. 22 Dan dari rusuk yang diambil TUHAN Allah dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu. 23 Lalu berkatalah manusia itu: "Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari laki-laki." 24 Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging. 25 Mereka keduanya telanjang, manusia dan isterinya itu, tetapi mereka tidak merasa malu. (RSV)

 

Ini perkahwinan pertama dan sebab Tuhan ialah pusat kepada perkahwinan itu, begitu juga Dia ialah pusat kepada semua perkahwinan.

 

Perkahwinan ialah kesatuan rohaniah satu daging. Kristus bercakap banyak tentangnya dan membuat perintah serius kepada umat pilihan berkenaan perkahwinan dan perceraian (lihat karya Hukum dan Perintah Tuhan Ketujuh (No. 260)).

 

Matius 19:1-12  Setelah Yesus selesai dengan pengajaran-Nya itu, berangkatlah Ia dari Galilea dan tiba di daerah Yudea yang di seberang sungai Yordan. 2 Orang banyak berbondong-bondong mengikuti Dia dan Iapun menyembuhkan mereka di sana. 3 Maka datanglah orang-orang Farisi kepada-Nya untuk mencobai Dia. Mereka bertanya: "Apakah diperbolehkan orang menceraikan isterinya dengan alasan apa saja?" 4 Jawab Yesus: "Tidakkah kamu baca, bahwa Ia yang menciptakan manusia sejak semula menjadikan mereka laki-laki dan perempuan? 5 Dan firman-Nya: Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayah dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. 6 Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu. Karena itu, apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia." 7 Kata mereka kepada-Nya: "Jika demikian, apakah sebabnya Musa memerintahkan untuk memberikan surat cerai jika orang menceraikan isterinya?" 8 Kata Yesus kepada mereka: "Karena ketegaran hatimu Musa mengizinkan kamu menceraikan isterimu, tetapi sejak semula tidaklah demikian. 9 Tetapi Aku berkata kepadamu: Barangsiapa menceraikan isterinya, kecuali karena zinah, lalu kawin dengan perempuan lain, ia berbuat zinah." 10 Murid-murid itu berkata kepada-Nya: "Jika demikian halnya hubungan antara suami dan isteri, lebih baik jangan kawin." 11 Akan tetapi Ia berkata kepada mereka: "Tidak semua orang dapat mengerti perkataan itu, hanya mereka yang dikaruniai saja. 12 Ada orang yang tidak dapat kawin karena ia memang lahir demikian dari rahim ibunya, dan ada orang yang dijadikan demikian oleh orang lain, dan ada orang yang membuat dirinya demikian karena kemauannya sendiri oleh karena Kerajaan Sorga. Siapa yang dapat mengerti hendaklah ia mengerti." (RSV)

 

Dalam kesatuan daging ini, maknanya setiap orang tidak patut tidak seimbang (2 Korintus 6:14-18).

 

2Korintus 6:14-18 Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya. Sebab persamaan apakah terdapat antara kebenaran dan kedurhakaan? Atau bagaimanakah terang dapat bersatu dengan gelap? 15 Persamaan apakah yang terdapat antara Kristus dan Belial? Apakah bagian bersama orang-orang percaya dengan orang-orang tak percaya? 16 Apakah hubungan bait Allah dengan berhala? Karena kita adalah bait dari Allah yang hidup menurut firman Allah ini: "Aku akan diam bersama-sama dengan mereka dan hidup di tengah-tengah mereka, dan Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku. 17 Sebab itu: Keluarlah kamu dari antara mereka, dan pisahkanlah dirimu dari mereka, firman Tuhan, dan janganlah menjamah apa yang najis, maka Aku akan menerima kamu. 18 Dan Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu akan menjadi anak-anak-Ku laki-laki dan anak-anak-Ku perempuan demikianlah firman Tuhan, Yang Mahakuasa." (RSV)

 

Perkahwinan ialah satu Perjanjian dengan Tuhan

 

Justeru itu, seorang yang sudah dibaptis bertanggungjawab berkahwin dengan orang seiman, dengan seorang lain yang sudah dibaptis, supaya mereka menjadi satu daging di bawah Tuhan melalui Kristus. Kesatuan ini merupakan perjanjian dengan Tuhan untuk bertahan dan taat setia menurut Hukum Tuhan.

 

Pelahiran anak

 

Perkahwinan bukan hanya cara untuk pelahiran anak. Bagaimanapun, dengan perintah untuk beranakcucu dan bertambah banyak, pelahiran anak nyata sebahagian penting perkahwinan. Penghasilan anak di luar perkahwinan ditangani di bawah hukum-hukum yang melarang zinah dan persetubuhan luar nikah (lihat Hukum dan Perintah Tuhan Ketujuh (No. 260)). Perintah keenam bukan saja menangani pentingnya tidak membunuh, tetapi juga tanggungjawab mempertingkatkan hidup. Kehidupan anak-anak yang dibesarkan di luar perkahwinan dalam banyak keadaan mungkin kurang mutunya. Begitu juga mutu kehidupan berkurangan untuk anak-anak dalam mana perceraian berlaku. Ini bukan hanya soal masalah kewangan yang dihadapi anak-anak ibu/bapa tunggal. Apa yang benar-benar mempengaruhi hidup mereka adalah kehilangan orang yang dikasihi dan teladan yang sepatutnya.

 

Kristus berfirman dalam Yohanes 4:16-18:

Yohanes 4:16-18 Kata Yesus kepadanya: "Pergilah, panggillah suamimu dan datang ke sini." 17 Kata perempuan itu: "Aku tidak mempunyai suami." Kata Yesus kepadanya: "Tepat katamu, bahwa engkau tidak mempunyai suami, 18 sebab engkau sudah mempunyai lima suami dan yang ada sekarang padamu, bukanlah suamimu. Dalam hal ini engkau berkata benar." (RSV)

 

Kristus jelas melihat perbezaan antara perkahwinan dan hubungan ‘de facto’ dan tidak memperakui hubungan ‘de facto’ sebagai perkahwinan.

 

Perkahwinan nampaknya amat ketara sebagai hal jasmaniah. Tiada perkahwinan selepas kebangkitan kedua (Matius 22:29-30). Bagaimanapun, kita perlu melihat aspek rohani perkahwinan sebelum aspek jasmaninya, sebab segala sesuatu mempunyai aspek rohani dan kita tidak boleh terlepas hakikat ini.

 

Israel kahwin dengan Tuhan. Jemaat kahwin dengan Mesias sebagai Yahovah-elohim Perjanjian Lama. Semua bangsa akan masuk Israel sebagai Bait Tuhan masa depan di bawah Imam Besar mereka, elohim Israel (lihat Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9; dan karya Hukum dan Perintah Tuhan Ketujuh (No. 260)).

 

Semua orang dewasa yang dibaptis dengan sah (dari umur 20) adalah sebahagian daripada tubuh Kristus. Sebagai itu mereka semua ialah pengantin Kristus (lihat Sangkakala-sangkakala (No. 136) Bahagian II Jamuan Perkahwinan Anak Domba).

 

Kristus tidak berkahwin sebagai seorang manusia di sini di atas bumi, sebab dia sudahpun bertunang dengan Jemaat, iaitu, dengan mereka yang sebahagian daripada tubuh Kristus. Pertunangan, seperti di atas, ialah quasi-perkahwinan (hampir kahwin) dalam mana janjinya telah dibuat. Memahami ini adalah amat penting, kerana perkahwinan duniawi kita harus mencerminkan keadaan syurgawi ini.

 

1Korintus 11:3 Tetapi aku mau, supaya kamu mengetahui hal ini, yaitu Kepala dari tiap-tiap laki-laki ialah Kristus, kepala dari perempuan ialah laki-laki dan Kepala dari Kristus ialah Allah. (RSV)

 

Perempuan ialah taip (pembayang) jemaat dan sebab itu harus memberi teladan yang baik. Lelaki sebagai taip Kristus juga harus berkelakuan sesuai dan sebagaimana Kristus bertanggungjawab terhadap Tuhan, begitu juga lelaki kepada Kristus, dan perempuan kepada lelaki dan semuanya kepada Tuhan. Tuhan mengikat semua ini bersama, semua dalam semua melalui Roh Kudus.

 

Kristus sebagai Kepala Lelaki

 

Kristus adalah teladan yang diberikan kepada kita. Dia telah menyediakan ‘cetakan biru’ untuk kita. Dia, sebagai Malaikat Tuhan telah memberi kita satu set hukum dan peraturan sebagai panduan hidup kita. Hukum-hukum ini memberi peruntukan untuk kesihatan jasmani kita, pemakanan, pakaian, istirehat, pencegahan dan respon kepada penyakit, dan juga urusan kita antara satu sama lain. Alkitab mencakupi semua aspek kehidupan kita dan bagaimana untuk menghidupinya menurut hukum. Kristus sebagai manusia telah menunjukkan kepada kita bagaimana untuk hidup menurut hukum-hukum itu. Dia mati tanpa dosa. Dia juga memberi teladan bahawa sesiapa yang ingin menjadi tuan harus melayani juga (Yohanes 13:12-15); dan bahawa tiada kasih lebih besar daripada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya (Yohanes 15:13). Dalam segala sesuatu dia taat kepada Tuhan. Inilah pokoknya: Ketaatan kepada Tuhan.

 

Lelaki sebagai Kepala Perempuan

 

Efesus 5:24  Karena itu sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus, demikian jugalah isteri kepada suami dalam segala sesuatu. (RSV)

 

Wibawa suami adalah untuk perbaikan isteri dan keluarganya dan bukan untuk pembesaran dirinya sendiri. Si isteri bukan hamba si suami, tetapi pembantunya, sokongannya. Lihat Amsal 31 di bawah. Isteri mempunyai wibawa agungnya sendiri, menguruskan rumah tangganya dan anak-anaknya. Dia ialah taip Jemaat dan sebagai itu dialah teladan untuk keluarganya belajar tanggungjawab mereka terhadap Tuhan, keluarga, dan masyarakat. Baca juga karya Amsal 31 (No. 114).

 

Segala keputusan suami akan dibuat selepas perbincangan sepenuhnya dengan isterinya, berpandukan kebijaksanaan dan nasihatnya. Dalam hubungan sihat biasa setiap keputusan biasanya sama-sama dipersetujui. Bagaimanapun, bila persetujuan tidak mungkin suami membuat keputusan muktamad mengikut kepentingan terbaik keluarga secara keseluruhannya. Ini bukan penundukan seorang hamba kepada tuannya, tetapi penundukan rela kepada wibawa dalam kasih.

 

Paulus memberitahu kita bahawa para isteri harus tunduk kepada suami mereka, tetapi para suami harus mengasihi isteri mereka. Mengasihi Tuhan ertinya melayani Tuhan dan hanya menyembah Tuhan saja. Kasih seorang suami adalah untuk melayan segala keperluan isterinya dan boleh dibandingkan dengan pekerjaan penebusan Kristus untuk Jemaat.

Efesus 5:21-33 dan rendahkanlah dirimu seorang kepada yang lain di dalam takut akan Kristus. 22 Hai isteri, tunduklah kepada suamimu seperti kepada Tuhan, 23 karena suami adalah kepala isteri sama seperti Kristus adalah kepala jemaat. Dialah yang menyelamatkan tubuh. 24 Karena itu sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus, demikian jugalah isteri kepada suami dalam segala sesuatu. 25 Hai suami, kasihilah isterimu sebagaimana Kristus telah mengasihi jemaat dan telah menyerahkan diri-Nya baginya 26 untuk menguduskannya, sesudah Ia menyucikannya dengan memandikannya dengan air dan firman, 27 supaya dengan demikian Ia menempatkan jemaat di hadapan diri-Nya dengan cemerlang tanpa cacat atau kerut atau yang serupa itu, tetapi supaya jemaat kudus dan tidak bercela. 28 Demikian juga suami harus mengasihi isterinya sama seperti tubuhnya sendiri: Siapa yang mengasihi isterinya mengasihi dirinya sendiri. 29 Sebab tidak pernah orang membenci tubuhnya sendiri, tetapi mengasuhnya dan merawatinya, sama seperti Kristus terhadap jemaat, 30 karena kita adalah anggota tubuh-Nya. 31 Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. 32 Rahasia ini besar, tetapi yang aku maksudkan ialah hubungan Kristus dan jemaat. 33 Bagaimanapun juga, bagi kamu masing-masing berlaku: kasihilah isterimu seperti dirimu sendiri dan isteri hendaklah menghormati suaminya. (RSV)

 

Para suami perlu ingat bahawa isteri mereka mempunyai keperluan khas. Ini khususnya ketika waktu haid dan kehamilan. Kaum perempuan tetap melakukan kerja seperti biasa namun suami mereka patut memastikan bahawa mereka mendapat ketenteraman emosi dan rohani ketika waktu-waktu ini. Dia bertanggungjawab menjaga kesihatan isterinya (lihat karya Pentahiran dan Penyunatan (No. 251)).

 

Seorang suami mempunyai tanggungjawab signifikans berhubungan sebarang nazar yang mungkin diucapkan isterinya.

 

Bilangan 30:1-16 Musa berkata kepada kepala-kepala suku Israel, demikian: "Inilah yang diperintahkan TUHAN. 2 Apabila seorang laki-laki bernazar atau bersumpah kepada TUHAN, sehingga ia mengikat dirinya kepada suatu janji, maka janganlah ia melanggar perkataannya itu; haruslah ia berbuat tepat seperti yang diucapkannya. 3 Tetapi apabila seorang perempuan bernazar kepada TUHAN dan mengikat dirinya kepada suatu janji di rumah ayahnya, yakni pada waktu ia masih gadis, 4 dan ayahnya mendengar nazar dan janji yang mengikat diri anaknya itu, tetapi ayahnya tidak berkata apa-apa kepadanya, maka segala nazarnya itu akan tetap berlaku dan setiap janji mengikat dirinya akan tetap berlaku juga. 5 Tetapi jika ayahnya melarang dia pada waktu mendengar itu, maka segala nazar dan janji yang mengikat diri anaknya itu tidak akan berlaku; dan TUHAN akan mengampuni perempuan itu, sebab ayahnya telah melarang dia. 6 Tetapi jika perempuan itu bersuami, dan ia masih berhutang karena salah satu nazar atau salah satu janji yang diucapkan begitu saja dan yang mengikat dirinya, 7 dan suaminya mendengar tentang hal itu, tetapi tidak berkata apa-apa kepadanya pada waktu mendengarnya, maka nazarnya itu akan tetap berlaku dan janji yang mengikat dirinya akan tetap berlaku juga. 8 Tetapi apabila suaminya itu, pada waktu mendengarnya, melarang dia, maka ia telah membatalkan nazar yang menjadi hutang isterinya dan janji yang diucapkan begitu saja dan yang mengikat isterinya; dan TUHAN akan mengampuni isterinya itu. 9 Mengenai nazar seorang janda atau seorang perempuan yang diceraikan, segala apa yang mengikat dirinya akan tetap berlaku baginya. 10 Jika seorang perempuan di rumah suaminya bernazar atau mengikat dirinya kepada suatu janji dengan bersumpah, 11 dan suaminya mendengarnya, tetapi tidak berkata apa-apa kepadanya dan tidak melarang dia, maka segala nazar perempuan itu akan tetap berlaku, dan setiap janji yang mengikat diri perempuan itu akan tetap berlaku juga. 12 Tetapi jika suaminya itu membatalkannya dengan tegas pada waktu mendengarnya, maka ucapan apapun yang keluar dari mulutnya, baik nazar maupun janji, tidak akan berlaku; suaminya telah membatalkannya, dan TUHAN akan mengampuni isterinya itu. 13 Setiap nazar dan setiap janji sumpah perempuan itu untuk merendahkan diri dengan berpuasa, dapat dinyatakan berlaku oleh suaminya atau dapat dibatalkan oleh suaminya. 14 Tetapi apabila suaminya sama sekali tidak berkata apa-apa kepadanya dari hari ke hari, maka dengan demikian ia telah menyatakan berlaku segala nazar isterinya atau segala ikatan janji yang menjadi hutang isterinya; ia telah menyatakannya berlaku, karena ia tidak berkata apa-apa kepadanya pada waktu mendengarnya. 15 Tetapi jika ia baru membatalkannya beberapa lama setelah didengarnya, maka ia akan menanggung akibat kesalahan isterinya." 16 Itulah ketetapan-ketetapan yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, yakni antara seorang suami dengan isterinya, dan antara seorang ayah dengan anaknya perempuan pada waktu ia masih gadis di rumah ayahnya. (RSV)

 

Suami bertanggungjawab untuk keselamatan keluarganya. Ini tuntutan jasmaniah dan rohaniah. Pada 2 Tesalonika 3:10 Paulus menyatakan bahawa jika sesiapa tidak bekerja, maka janganlah dia makan. Dalam keadaan ini, keluarganya juga tidak makan. Bekerja untuk keluarga dan bekerja demi membantu Jemaat untuk menyebarkan injil kepada semua bangsa, adalah sebahagian daripada perintah ini. Satu untuk menyediakan segala keperluan jasmani keluarga dan satu lagi untuk menyediakan makanan rohani untuk keluarga dan bangsa kepada apa kita juga mempunyai tanggungjawab.

 

Juga

 

1Timotius 5:8 Tetapi jika ada seorang yang tidak memeliharakan sanak saudaranya, apalagi seisi rumahnya, orang itu murtad dan lebih buruk dari orang yang tidak beriman. (RSV)

 

Seorang lelaki juga perlu memperkembangkan hubungannya dengan isterinya bila mula-mula berkahwin. Ini waktu untuk belajar hidup bersama dalam kasih dan kerukunan.

 

Ulangan 24:5 Apabila baru saja seseorang mengambil isteri, janganlah ia keluar bersama-sama dengan tentara maju berperang atau dibebankan sesuatu pekerjaan; satu tahun lamanya ia harus dibebaskan untuk keperluan rumah tangganya dan menyukakan hati perempuan yang telah diambilnya menjadi isterinya." (RSV)

 

Apabila kewibawaan alkitab dilanggar dan sokongan Hukum Tuhan ditiadakan, maka hasilnya adalah apa yang kita saksikan hari ini. Perkahwinan menggelepar, hubungan hancur, anak-anak diambil daripada bapa atau ibu dan datuk nenek kehilangan cucu mereka. Keluarga hancur kerana perceraian, dan begitu juga dengan negara-negara secara lanjutan yang sama-sama sengaja menjauhkan daripada Hukum-hukum Tuhan. Akibatnya ialah perang, sama ada dalam keluarga, masyarakat atau berlanjutan kepada negara-negara.

 

Apa yang memang diajar Alkitab adalah, perkahwinan yang dimasuki menurut Hukum-hukum Tuhan ialah dasar bagi hubungan kukuh dengan anak-anak bahagia yang sihat, yang akan membesar menjadi dewasa dalam sekitaran yang selamat, mampu mengajar anak-anak mereka sendiri cara hidup yang betul, menurut Hukum-hukum Tuhan.

 

Malangnya segala wibawa tidak dilaksanakan di bawah Tuhan dengan setia, dan sebab itu kita tidak mempunyai sebarang masyarakat yang hidup sekarang ini di bawah sistem ideal seperti yang ditetapkan untuk kita. Sesetengah kita yang cuba memantapkan Hukum-hukum Tuhan dalam hidup kita sendiri telah dianiaya selama beribu tahun dan akan terus dianiaya hingga Kristus datang. Jangan biarkan ini menghalang kita.

 

Oleh itu, untuk memberi dasar kukuh kepada suatu perkahwinan ia harus didasarkan pada pengertian menyeluruh Hukum-hukum Tuhan. Suami dan isteri patut belajar bersama. Sebaik-baiknya si lelaki harus matang dan stabil, mampu menyokong isterinya dari segi kewangan, emosi dan rohani. Dia harus mampu membangunkan dan mengekalkan rasa hormat isterinya dan dia harus pasti akan kebolehannya untuk mengasihi isterinya. Tuhan membenci perceraian; ia satu tindakan ganas terhadap isterinya dan anak-anak yang mereka mungkin ada. Zinah adalah satu-satunya sebab untuk perceraian. Zinah adalah pelanggaran perintah ketujuh. Dusta, mencuri, memberi saksi dusta dan mengingini isteri, harta atau benda lain milik orang lain akan menghancurkan sama sekali sebarang rasa hormat seseorang untuk seorang lain. Menganiaya isteri bukan mengasihinya sebagaimana patut sebagai seorang suami. Dia harus mengasihinya sama seperti tubuhnya sendiri. Hanya lelaki yang sakit saja memukul atau mendera dirinya sendiri, jadi tiada tempat dalam perkahwinan untuk penderaan sebegitu terhadap keluarganya.

 

Tanggungjawab seorang isteri

 

1Korintus 11:11-12  Namun demikian, dalam Tuhan tidak ada perempuan tanpa laki-laki dan tidak ada laki-laki tanpa perempuan. 12 Sebab sama seperti perempuan berasal dari laki-laki, demikian pula laki-laki dilahirkan oleh perempuan; dan segala sesuatu berasal dari Allah. (RSV)

 

Perempuan ialah pembantu lelaki, pasangannya, gambarnya. Justeru itu, walaupun sebaik-baiknya ada persamaan dari segi budaya dan kaum, lebih penting lagi ada persetujuan dalam kepercayaan agama. Di mana terdapat perbezaan dalam iman, seorang mungkin memimpin seorang lagi kepada keberhalaan. Keberhalaan serupa dengan zinah.

 

Peranan perempuan digambarkan dalam Amsal 31.

Amsal 31:10-31 Isteri yang cakap siapakah akan mendapatkannya? Ia lebih berharga dari pada permata. 11 Hati suaminya percaya kepadanya, suaminya tidak akan kekurangan keuntungan. 12 Ia berbuat baik kepada suaminya dan tidak berbuat jahat sepanjang umurnya. 13 Ia mencari bulu domba dan rami, dan senang bekerja dengan tangannya. 14 Ia serupa kapal-kapal saudagar, dari jauh ia mendatangkan makanannya. 15 Ia bangun kalau masih malam, lalu menyediakan makanan untuk seisi rumahnya, dan membagi-bagikan tugas kepada pelayan-pelayannya perempuan. 16 Ia membeli sebuah ladang yang diingininya, dan dari hasil tangannya kebun anggur ditanaminya. 17 Ia mengikat pinggangnya dengan kekuatan, ia menguatkan lengannya. 18 Ia tahu bahwa pendapatannya menguntungkan, pada malam hari pelitanya tidak padam. 19 Tangannya ditaruhnya pada jentera, jari-jarinya memegang pemintal. 20 Ia memberikan tangannya kepada yang tertindas, mengulurkan tangannya kepada yang miskin. 21 Ia tidak takut kepada salju untuk seisi rumahnya, karena seluruh isi rumahnya berpakaian rangkap. 22 Ia membuat bagi dirinya permadani, lenan halus dan kain ungu pakaiannya. 23 Suaminya dikenal di pintu gerbang, kalau ia duduk bersama-sama para tua-tua negeri. 24 Ia membuat pakaian dari lenan, dan menjualnya, ia menyerahkan ikat pinggang kepada pedagang. 25 Pakaiannya adalah kekuatan dan kemuliaan, ia tertawa tentang hari depan. 26 Ia membuka mulutnya dengan hikmat, pengajaran yang lemah lembut ada di lidahnya. 27 Ia mengawasi segala perbuatan rumah tangganya, makanan kemalasan tidak dimakannya. 28 Anak-anaknya bangun, dan menyebutnya berbahagia, pula suaminya memuji dia: 29 Banyak wanita telah berbuat baik, tetapi kau melebihi mereka semua. 30 Kemolekan adalah bohong dan kecantikan adalah sia-sia, tetapi isteri yang takut akan TUHAN dipuji-puji. 31 Berilah kepadanya bagian dari hasil tangannya, biarlah perbuatannya memuji dia di pintu-pintu gerbang! (RSV)

 

Dia dipercayai suaminya, dia mengurus rumah tangganya, dan dia boleh membeli dan menjual, dan mengurus perniagaan. Dia menjaga keperluan keluarganya, orang miskin dan melarat. Dia bijak dan baik hati. Dia tidak malas. Anak-anaknya dan suaminya memujiya. Ini tuntutan tinggi untuk mana-mana perempuan. Ingat, perempuan juga taip Jemaat. Secara bersama dia boleh melakukan semua ini kalau dia taat kepada Tuhan. Sebagai individu, perempuan menyasarkan ideal ini dan dengan Tuhan dan bantuan suaminya, dia akan mencapainya (lihat juga karya Amsal 31 (No. 114)).

 

Perempuan janganlah berharap lebih diutamakan daripada kerja suami mereka. Suami harus mencari nafkah untuk keluargan dan menggugat kedudukan kerjanya atau kebanggaannya dalam kerjanya, bererti menggugat diri suami sendiri. Salah satu peranan perempuan adalah untuk mengangkat dan menggalakkan suaminya. Dengan galakan isteri, suami boleh ‘duduk di pintu gerbang’. Ini bererti dia boleh mengambil tanggungjawab dalam masyarakat dan menyertai pembuatan keputusan sebagai seorang ahli dihormati masyarakatnya.

 

Seorang isteri harus menyokong suaminya dalam segala hal. Sebaik saja satu keputusan dibuat, mereka berdua bertanggungjawab menjayakannya. Bila tiada kesatuan antara ibu bapa, anak-anak akan menderita. Tiada ketetapan nanti dalam disiplin dan latihan.

 

Kesetiaan daripada isteri amat penting. Malah tiadanya kesetiaan menghampiri zinah. Sudah banyak kali terjadi dalam mana si isteri mengizinkan para pendeta mempengaruhinya sehingga dia mendahulukan pandangan mereka daripada pandangan suaminya. Paderi dan pendeta in telah sengaja menggalakkan hubungan serupa zinah. Ini terjadi apabila nasihat yang diminta daripada Jemaat hanya diberikan kepada orang yang memintanya. Semua nasihat dalam perkahwinan perlu diberikan kepada kedua-duanya, atau masalahnya mungkin sekali tidak dapat diselesaikan.

 

Golongan perempuan lebih tua patut membantu dan menggalakkan isteri-isteri baru berkahwin yang lebih muda.

 

Titus 2:3-5 Demikian juga perempuan-perempuan yang tua, hendaklah mereka hidup sebagai orang-orang beribadah, jangan memfitnah, jangan menjadi hamba anggur, tetapi cakap mengajarkan hal-hal yang baik 4 dan dengan demikian mendidik perempuan-perempuan muda mengasihi suami dan anak-anaknya, 5 hidup bijaksana dan suci, rajin mengatur rumah tangganya, baik hati dan taat kepada suaminya, agar Firman Allah jangan dihujat orang. (RSV)

 

Salah satu peranan terpenting isteri ialah keibuan. Membesarkan anak-anak ialah tugas paling penting sekali. Merekalah masa depan semua bangsa. Jika ibu bapa tidak mengasuh anak-anak menjadi warga-warga bertanggungjawab yang mengerti Hukum-hukum Tuhan dan dapat hidup taat kepadanya, maka mereka telah gagal. Kita tidak boleh bertanggungjawab untuk segala keputusan mereka sebagai orang dewasa, namun kita harus bertanggungjawab mengajar mereka Hukum-hukum Tuhan dan dengan itu memberi mereka peluang untuk membuat keputusan betul, menjalani kehidupan saleh.

 

Tanggungjawab ini juga tanggungjawab sistem pendidikan. Mereka tidak diajar Hukum-hukum Tuhan kerana guru-guru sendiri tidak memahami Hukum-hukum Tuhan. Adakah mereka memelihara Sabat? Adakah mereka mengajar Hari Raya dan Perayaan Tuhan? Atau adakah mereka mengajar dewa-dewa kafir hari lahir, Krismas, Easter, Halloween dan hari-hari kafir lain sebegitu? (Lihat karya-karya Salib: Asal Usul dan Signifikansnya (No. 39); Asal Usul Krismas dan Easter (No. 235); Pinata (No. 276); Hari Lahir (No. 287); dan karya Hari-hari Korban Manusia). Anak-anak kita tidak diberi peluang yang sepatutnya. Kita harus pastikan anak-anak kita mengetahui Perintah-perintah Tuhan.

 

Tanggungjawab kepada Anak-anak

 

Ulangan 5:16 Hormatilah ayahmu dan ibumu, seperti yang diperintahkan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu, supaya lanjut umurmu dan baik keadaanmu di tanah yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu. (RSV)

 

Perintah kelima amat penting. Ia bukan hanya ditujukan kepada anak-anak kecil berhubungan ibu bapa mereka. Ia juga ditujukan kepada orang dewasa berhubungan ibu bapa mereka yang sudah tua, dan golongan tua dalam masyarakat. Ia ditujukan kepada semua kita dalam hubungan kita dengan Bapa kita di syurga dan Jemaat.

 

Seperti dinyatakan sebelumnya ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka Hukum-hukum Tuhan. Mereka harus tetap dalam pengajaran ini. Ibu bapa perlu mengawas kelakuan mereka sendiri agar anak-anak mereka boleh mematuhi dan menghormati mereka. Anak-anak amat pantas menyedari sikap dua muka dan kemunafikan. Kita tidak mungkin mengharap anak-anak kita mengikut cakap kita kecuali kita juga hidup menurut standard yang sama.

 

Amsal 4:1-27 Dengarkanlah, hai anak-anak, didikan seorang ayah, dan perhatikanlah supaya engkau beroleh pengertian, 2 karena aku memberikan ilmu yang baik kepadamu; janganlah meninggalkan petunjukku. 3 Karena ketika aku masih tinggal di rumah ayahku sebagai anak, lemah dan sebagai anak tunggal bagi ibuku, 4 aku diajari ayahku, katanya kepadaku: "Biarlah hatimu memegang perkataanku; berpeganglah pada petunjuk-petunjukku, maka engkau akan hidup. 5 Perolehlah hikmat, perolehlah pengertian, jangan lupa, dan jangan menyimpang dari perkataan mulutku. 6 Janganlah meninggalkan hikmat itu, maka engkau akan dipeliharanya, kasihilah dia, maka engkau akan dijaganya. 7 Permulaan hikmat ialah: perolehlah hikmat dan dengan segala yang kauperoleh perolehlah pengertian. 8 Junjunglah dia, maka engkau akan ditinggikannya; engkau akan dijadikan terhormat, apabila engkau memeluknya. 9 Ia akan mengenakan karangan bunga yang indah di kepalamu, mahkota yang indah akan dikaruniakannya kepadamu." 10 Hai anakku, dengarkanlah dan terimalah perkataanku, supaya tahun hidupmu menjadi banyak. 11 Aku mengajarkan jalan hikmat kepadamu, aku memimpin engkau di jalan yang lurus. 12 Bila engkau berjalan langkahmu tidak akan terhambat, bila engkau berlari engkau tidak akan tersandung. 13 Berpeganglah pada didikan, janganlah melepaskannya, peliharalah dia, karena dialah hidupmu. 14 Janganlah menempuh jalan orang fasik, dan janganlah mengikuti jalan orang jahat. 15 Jauhilah jalan itu, janganlah melaluinya, menyimpanglah dari padanya dan jalanlah terus. 16 Karena mereka tidak dapat tidur, bila tidak berbuat jahat; kantuk mereka lenyap, bila mereka tidak membuat orang tersandung; 17 karena mereka makan roti kefasikan, dan minum anggur kelaliman. 18 Tetapi jalan orang benar itu seperti cahaya fajar, yang kian bertambah terang sampai rembang tengah hari. 19 Jalan orang fasik itu seperti kegelapan; mereka tidak tahu apa yang menyebabkan mereka tersandung. 20 Hai anakku, perhatikanlah perkataanku, arahkanlah telingamu kepada ucapanku; 21 janganlah semuanya itu menjauh dari matamu, simpanlah itu di lubuk hatimu. 22 Karena itulah yang menjadi kehidupan bagi mereka yang mendapatkannya dan kesembuhan bagi seluruh tubuh mereka. 23 Jagalah hatimu dengan segala kewaspadaan, karena dari situlah terpancar kehidupan. 24 Buanglah mulut serong dari padamu dan jauhkanlah bibir yang dolak-dalik dari padamu. 25 Biarlah matamu memandang terus ke depan dan tatapan matamu tetap ke muka. 26 Tempuhlah jalan yang rata dan hendaklah tetap segala jalanmu. 27 Janganlah menyimpang ke kanan atau ke kiri, jauhkanlah kakimu dari kejahatan. (RSV)

 

Amsal penuh dengan nasihat bijak. Bukan saja untuk golongan muda tetapi juga untuk golongan tua.

 

Penting untuk anak-anak diajar erti perkahwinan dalam konteks Perjanjian dengan Tuhan. Sebagai anak-anak mereka dikuduskan dalam ibu bapa mereka, namun pada umur dewasa 20 tahun, mereka bertanggungjawab untuk hubungan mereka sendiri dengan Tuhan dan kemungkinan mereka menjadi pengantin-pengantin Kristus. Ibu bapa harus memperlengkapkan mereka untuk melakukan ini. Tidak memberikan anak-anak pengetahuan Tuhan dan Hukum-hukumNya bererti tidak memberikan mereka peluang untuk berada dalam Kebangkitan Pertama. Walaupun Tuhan boleh dan memang campur tangan sesuai dengan kehendakNya, ia tetap tanggungjawab kita untuk melatih anak-anak muda kita dengan betul.

 

Anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang berselisih, engkar kepada Tuhan atau bercerai, tidak akan membentuk pengertian yang betul. Anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa tunggal ketiadaan peranan berganda bapa dan ibu dan di sinilah Jemaat patut membantu. Anggota boleh menjadi teladan untuk anak-anak ibu bapa tunggal, memberi keramah-tamahan dan persahabatan. Jemaat boleh menyediakan aktiviti-aktiviti sosial untuk menggalakkan pembentukan persahabatan di kalangan orang muda. Anak-anak patut digalakkan untuk mengundang sahabat-sahabat ini ke rumah.

 

Perkahwinan dengan Pasangan Tidak Percaya

 

Banyak perkahwinan berlaku sebelum dipanggil dan lazimnya seorang dipanggil dan seorang lagi tidak. Ini boleh menyebabkan banyak masalah dalam suatu perkahwinan. Dia yang dipanggil perlu amat bersabar dan menyayangi. Pasangan yang tidak dipanggil tidak dapat memahami perlunya mendahulukan Tuhan dalam segala sesuatu. Mereka mendapati diri mereka terganti dalam kasih sayang pasangan mereka. Si suami menghantar wang kepada Jemaat yang si isteri rasa lebih diperlukan untuk keluarga. Isteri meninggalkan suami, dan bila perlu anak-anak mereka, di rumah apabila menghadiri perayaan dan hari raya. Mereka bukannya mengambil beberapa jam untuk pergi ke Gereja tetapi mengambil seminggu atau lebih dua kali setahun! Bagaimanakah pasangan kita dapat memahami ini? Masalah lanjut berlaku berhubungan dengan ajaran agama mana yang harus diberikan kepada anak-anak mereka.

 

Paulus berkata pada 1Korintus 7:12-16:

12 Kepada orang-orang lain aku, bukan Tuhan, katakan: kalau ada seorang saudara beristerikan seorang yang tidak beriman dan perempuan itu mau hidup bersama-sama dengan dia, janganlah saudara itu menceraikan dia. 13 Dan kalau ada seorang isteri bersuamikan seorang yang tidak beriman dan laki-laki itu mau hidup bersama-sama dengan dia, janganlah ia menceraikan laki-laki itu. 14 Karena suami yang tidak beriman itu dikuduskan oleh isterinya dan isteri yang tidak beriman itu dikuduskan oleh suaminya. Andaikata tidak demikian, niscaya anak-anakmu adalah anak cemar, tetapi sekarang mereka adalah anak-anak kudus. 15 Tetapi kalau orang yang tidak beriman itu mau bercerai, biarlah ia bercerai; dalam hal yang demikian saudara atau saudari tidak terikat. Tetapi Allah memanggil kamu untuk hidup dalam damai sejahtera. 16 Sebab bagaimanakah engkau mengetahui, hai isteri, apakah engkau tidak akan menyelamatkan suamimu? Atau bagaimanakah engkau mengetahui, hai suami, apakah engkau tidak akan menyelamatkan isterimu? (RSV)

 

Walaupun Paulus mengaku ini bukan daripada roh, ia nasihat baik.

 

Perceraian

 

Markus 10:2-12  Maka datanglah orang-orang Farisi, dan untuk mencobai Yesus mereka bertanya kepada-Nya: "Apakah seorang suami diperbolehkan menceraikan isterinya?" 3 Tetapi jawab-Nya kepada mereka: "Apa perintah Musa kepada kamu?" 4 Jawab mereka: "Musa memberi izin untuk menceraikannya dengan membuat surat cerai." 5 Lalu kata Yesus kepada mereka: "Justru karena ketegaran hatimulah maka Musa menuliskan perintah ini untuk kamu. 6 Sebab pada awal dunia, Allah menjadikan mereka laki-laki dan perempuan, 7 sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, 8 sehingga keduanya itu menjadi satu daging. Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu. 9 Karena itu, apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia." 10 Ketika mereka sudah di rumah, murid-murid itu bertanya pula kepada Yesus tentang hal itu. 11 Lalu kata-Nya kepada mereka: "Barangsiapa menceraikan isterinya lalu kawin dengan perempuan lain, ia hidup dalam perzinahan terhadap isterinya itu. 12 Dan jika si isteri menceraikan suaminya dan kawin dengan laki-laki lain, ia berbuat zinah." (RSV)

 

Kristus di sini menerangkan hukum mengenai perceraian.

 

Paulus pada 1 Korintus 7:10-11 berkata:

1Korintus 7:10-11 Kepada orang-orang yang telah kawin aku--tidak, bukan aku, tetapi Tuhan--perintahkan, supaya seorang isteri tidak boleh menceraikan suaminya. 11 Dan jikalau ia bercerai, ia harus tetap hidup tanpa suami atau berdamai dengan suaminya. Dan seorang suami tidak boleh menceraikan isterinya.

 

Cerai ialah keganasan. Alkitab memberi zinah sebagai satu-satunya sebab untuk bercerai. Zinah rohani ialah keberhalaan. Dalam hubungan kita kepada Tuhan, perceraian bermakna mati. Dalam hubungan kita antara satu sama lain, ini bererti kemusnahan hidup kita dan hidup anak-anak kita. Anak-anak mungkin dipisahkan daripada orang dikasihi, daripada bapa atau ibu, datuk nenek dan saudara lain. Mereka sering menyalahkan diri mereka.

 

Tuhan memerintahkan bahawa lelaki atau perempuan tidak patut menceraikan pasangan mereka hanya kerana pasangan mereka tidak percaya sama seperti mereka. Keluarga dikuduskan dalam perkahwinan dan dia yang percaya tidak akan sekali-kali tahu, atau jika, teladan mereka berkesan atas anggota lain keluarganya. Bagaimanapun, jika pasangan yang tidak percaya itu memilih untuk pergi, maka ini diizinkan.

 

Di mana terdapat penderaan pasangan atau anak-anak, tiada tuntutan untuk hidup dalam keadaan itu. Pasangan yang mendera itu tidak bertindak menurut tanggungjawabnya dan jika nasihat tidak menyelesaikan isu itu maka keselamatan dan kebajikan keluarga harus dijaga. Berpisah diizinkan.

 

Perkahwinan Semula

 

Roma 7:2-3  Sebab seorang isteri terikat oleh hukum kepada suaminya selama suaminya itu hidup. Akan tetapi apabila suaminya itu mati, bebaslah ia dari hukum yang mengikatnya kepada suaminya itu. 3 Jadi selama suaminya hidup ia dianggap berzinah, kalau ia menjadi isteri laki-laki lain; tetapi jika suaminya telah mati, ia bebas dari hukum, sehingga ia bukanlah berzinah, kalau ia menjadi isteri laki-laki lain. (RSV)

 

Jika seorang lelaki menceraikan isterinya dia tidak patut berkahwin semula. Bila isterinya bertaubat dia patut mengambilnya kembali dan berkahwin semula dengannya.

 

Dalam perkahwinan tidak seimbang, iaitu dalam mana seorang pasangan tidak dipanggil dan memilih untuk meninggalkan perkahwinan itu dan bercerai maka seorang lagi bebas untuk berkahwin semula.

 

Keadaan Tidak Berkahwin

 

Perkahwinan ialah hubungan ideal antara lelaki dan perempuan. Lelaki tidak dimaksudkan untuk hidup sendirian. Bagaimanapun, terdapat banyak keadaan di mana ini tidak mungkin. Tiada dosa jika tidak berkahwin.

 

Matius 19:12 Ada orang yang tidak dapat kawin karena ia memang lahir demikian dari rahim ibunya, dan ada orang yang dijadikan demikian oleh orang lain, dan ada orang yang membuat dirinya demikian karena kemauannya sendiri oleh karena Kerajaan Sorga. Siapa yang dapat mengerti hendaklah ia mengerti." (RSV)

 

Bagaimanapun, melarang perkahwinan adalah dosa.

 

1Timotius 4:1-3 Tetapi Roh dengan tegas mengatakan bahwa di waktu-waktu kemudian, ada orang yang akan murtad lalu mengikuti roh-roh penyesat dan ajaran setan-setan 2 oleh tipu daya pendusta-pendusta yang hati nuraninya memakai cap mereka. 3 Mereka itu melarang orang kawin, melarang orang makan makanan yang diciptakan Allah supaya dengan pengucapan syukur dimakan oleh orang yang percaya dan yang telah mengenal kebenaran. (RSV)

 

Paulus memberi banyak nasihat tentang isu ini.

1Korintus 7:27-40 Adakah engkau terikat pada seorang perempuan? Janganlah engkau mengusahakan perceraian! Adakah engkau tidak terikat pada seorang perempuan? Janganlah engkau mencari seorang! 28 Tetapi, kalau engkau kawin, engkau tidak berdosa. Dan kalau seorang gadis kawin, ia tidak berbuat dosa. Tetapi orang-orang yang demikian akan ditimpa kesusahan badani dan aku mau menghindarkan kamu dari kesusahan itu. 29 Saudara-saudara, inilah yang kumaksudkan, yaitu: waktu telah singkat! Karena itu dalam waktu yang masih sisa ini orang-orang yang beristeri harus berlaku seolah-olah mereka tidak beristeri; 30 dan orang-orang yang menangis seolah-olah tidak menangis; dan orang-orang yang bergembira seolah-olah tidak bergembira; dan orang-orang yang membeli seolah-olah tidak memiliki apa yang mereka beli; 31 pendeknya orang-orang yang mempergunakan barang-barang duniawi seolah-olah sama sekali tidak mempergunakannya. Sebab dunia seperti yang kita kenal sekarang akan berlalu. 32 Aku ingin, supaya kamu hidup tanpa kekuatiran. Orang yang tidak beristeri memusatkan perhatiannya pada perkara Tuhan, bagaimana Tuhan berkenan kepadanya. 33 Orang yang beristeri memusatkan perhatiannya pada perkara duniawi, bagaimana ia dapat menyenangkan isterinya, 34 dan dengan demikian perhatiannya terbagi-bagi. Perempuan yang tidak bersuami dan anak-anak gadis memusatkan perhatian mereka pada perkara Tuhan, supaya tubuh dan jiwa mereka kudus. Tetapi perempuan yang bersuami memusatkan perhatiannya pada perkara duniawi, bagaimana ia dapat menyenangkan suaminya. 35 Semuanya ini kukatakan untuk kepentingan kamu sendiri, bukan untuk menghalang-halangi kamu dalam kebebasan kamu, tetapi sebaliknya supaya kamu melakukan apa yang benar dan baik, dan melayani Tuhan tanpa gangguan. 36 Tetapi jikalau seorang menyangka, bahwa ia tidak berlaku wajar terhadap gadisnya, jika gadisnya itu telah bertambah tua dan ia benar-benar merasa, bahwa mereka harus kawin, baiklah mereka kawin, kalau ia menghendakinya. Hal itu bukan dosa. 37 Tetapi kalau ada seorang, yang tidak dipaksa untuk berbuat demikian, benar-benar yakin dalam hatinya dan benar-benar menguasai kemauannya, telah mengambil keputusan untuk tidak kawin dengan gadisnya, ia berbuat baik. 38 Jadi orang yang kawin dengan gadisnya berbuat baik, dan orang yang tidak kawin dengan gadisnya berbuat lebih baik. 39 Isteri terikat selama suaminya hidup. Kalau suaminya telah meninggal, ia bebas untuk kawin dengan siapa saja yang dikehendakinya, asal orang itu adalah seorang yang percaya. 40 Tetapi menurut pendapatku, ia lebih berbahagia, kalau ia tetap tinggal dalam keadaannya. Dan aku berpendapat, bahwa aku juga mempunyai Roh Allah. (RSV)

 

Ayat-ayat ini telah banyak disalah faham. Pendapat Paulus di sini adalah seseorang itu patut kekal dalam keadaannya, iaitu jika berkahwin kekal berkahwin dan jika bujang kekal bujang. Tiada dosa dalam mana-mana satu. Komen ini janganlah ditafsirkan untuk bermakna bahawa dia menentang perkahwinan atau perempuan. Pada waktu itu dia nampaknya percaya bahawa kedatangan Kristus sudah dekat dan mendasarkan pendapat ini pada andaian itu. Dia seterusnya memberikan nasihat perkahwinan yang baik. Mendahulukan keperluan pasangan akan mengikat pasangan suami isteri dalam kesatuan, membolehkan mereka menjadi satu daging.

 

Hubungan Dilarang

 

Ada perintah yang menghalang perkahwinan yang tidak betul.

 

Imamat 18:1-30  TUHAN berfirman kepada Musa: 2 "Berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka: Akulah TUHAN, Allahmu. 3 Janganlah kamu berbuat seperti yang diperbuat orang di tanah Mesir, di mana kamu diam dahulu; juga janganlah kamu berbuat seperti yang diperbuat orang di tanah Kanaan, ke mana Aku membawa kamu; janganlah kamu hidup menurut kebiasaan mereka. 4 Kamu harus lakukan peraturan-Ku dan harus berpegang pada ketetapan-Ku dengan hidup menurut semuanya itu; Akulah TUHAN, Allahmu. 5 Sesungguhnya kamu harus berpegang pada ketetapan-Ku dan peraturan-Ku. Orang yang melakukannya, akan hidup karenanya; Akulah TUHAN. 6 Siapapun di antaramu janganlah menghampiri seorang kerabatnya yang terdekat untuk menyingkapkan auratnya; Akulah TUHAN. 7 Janganlah kausingkapkan aurat isteri ayahmu, karena ia hak ayahmu; dia ibumu, jadi janganlah singkapkan auratnya. 8 Janganlah kausingkapkan aurat seorang isteri ayahmu, karena ia hak ayahmu. 9 Mengenai aurat saudaramu perempuan, anak ayahmu atau anak ibumu, baik yang lahir di rumah ayahmu maupun yang lahir di luar, janganlah kausingkapkan auratnya. 10 Mengenai aurat anak perempuan dari anakmu laki-laki atau anakmu perempuan, janganlah kausingkapkan auratnya, karena dengan begitu engkau menodai keturunanmu. 11 Mengenai aurat anak perempuan dari seorang isteri ayahmu, yang lahir pada ayahmu sendiri, janganlah kausingkapkan auratnya, karena ia saudaramu perempuan. 12 Janganlah kausingkapkan aurat saudara perempuan ayahmu, karena ia kerabat ayahmu. 13 Janganlah kausingkapkan aurat saudara perempuan ibumu, karena ia kerabat ibumu. 14 Janganlah kausingkapkan aurat isteri saudara laki-laki ayahmu, janganlah kauhampiri isterinya, karena ia isteri saudara ayahmu. 15 Janganlah kausingkapkan aurat menantumu perempuan, karena ia isteri anakmu laki-laki, maka janganlah kausingkapkan auratnya. 16 Janganlah kausingkapkan aurat isteri saudaramu laki-laki, karena itu hak saudaramu laki-laki. 17 Janganlah kausingkapkan aurat seorang perempuan dan anaknya perempuan. Janganlah kauambil anak perempuan dari anaknya laki-laki atau dari anaknya perempuan untuk menyingkapkan auratnya, karena mereka adalah kerabatmu; itulah perbuatan mesum. 18 Janganlah kauambil seorang perempuan sebagai madu kakaknya untuk menyingkapkan auratnya di samping kakaknya selama kakaknya itu masih hidup. 19 Janganlah kauhampiri seorang perempuan pada waktu cemar kainnya yang menajiskan untuk menyingkapkan auratnya. 20 Dan janganlah engkau bersetubuh dengan isteri sesamamu, sehingga engkau menjadi najis dengan dia. 21 Janganlah kauserahkan seorang dari anak-anakmu untuk dipersembahkan kepada Molokh, supaya jangan engkau melanggar kekudusan nama Allahmu; Akulah TUHAN. 22 Janganlah engkau tidur dengan laki-laki secara orang bersetubuh dengan perempuan, karena itu suatu kekejian. 23 Janganlah engkau berkelamin dengan binatang apapun, sehingga engkau menjadi najis dengan binatang itu. Seorang perempuan janganlah berdiri di depan seekor binatang untuk berkelamin, karena itu suatu perbuatan keji. 24 Janganlah kamu menajiskan dirimu dengan semuanya itu, sebab dengan semuanya itu bangsa-bangsa yang akan Kuhalaukan dari depanmu telah menjadi najis. 25 Negeri itu telah menjadi najis dan Aku telah membalaskan kesalahannya kepadanya, sehingga negeri itu memuntahkan penduduknya. 26 Tetapi kamu ini haruslah tetap berpegang pada ketetapan-Ku dan peraturan-Ku dan jangan melakukan sesuatupun dari segala kekejian itu, baik orang Israel asli maupun orang asing yang tinggal di tengah-tengahmu, 27 --karena segala kekejian itu telah dilakukan oleh penghuni negeri yang sebelum kamu, sehingga negeri itu sudah menjadi najis-- 28 supaya kamu jangan dimuntahkan oleh negeri itu, apabila kamu menajiskannya, seperti telah dimuntahkannya bangsa yang sebelum kamu. 29 Karena setiap orang yang melakukan sesuatupun dari segala kekejian itu, orang itu harus dilenyapkan dari tengah-tengah bangsanya. 30 Dengan demikian kamu harus tetap berpegang pada kewajibanmu terhadap Aku, dan jangan kamu melakukan sesuatu dari kebiasaan yang keji itu, yang dilakukan sebelum kamu, dan janganlah kamu menajiskan dirimu dengan semuanya itu; Akulah TUHAN, Allahmu." (RSV)

 

Terdapat batas-batas lanjut pada perkahwinan. Golongan imamat hanya boleh mempunyai seorang isteri. Ini sememangnya keadaan ideal umat pilihan. Imamat 21:7-15 menyatakan bahawa golongan imamat tidak boleh memperisterikan perempuan sundal atau perempuan yang sudah bercerai. Sebagai umat pilihan kita harus meneliti implikasi semua ini dan menerapkan perintah-perintah ini kepada diri kita sendiri, sebab kita akan menjadi raja dan imam.

 

Hubungan luar tabii juga dilarang.

 

Imamat 20:13 Bila seorang laki-laki tidur dengan laki-laki secara orang bersetubuh dengan perempuan, jadi keduanya melakukan suatu kekejian, pastilah mereka dihukum mati dan darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri. (RSV)

 

Juga Roma 1:18-32

 

18 Sebab murka Allah nyata dari sorga atas segala kefasikan dan kelaliman manusia, yang menindas kebenaran dengan kelaliman. 19 Karena apa yang dapat mereka ketahui tentang Allah nyata bagi mereka, sebab Allah telah menyatakannya kepada mereka. 20 Sebab apa yang tidak nampak dari pada-Nya, yaitu kekuatan-Nya yang kekal dan keilahian-Nya, dapat nampak kepada pikiran dari karya-Nya sejak dunia diciptakan, sehingga mereka tidak dapat berdalih. 21 Sebab sekalipun mereka mengenal Allah, mereka tidak memuliakan Dia sebagai Allah atau mengucap syukur kepada-Nya. Sebaliknya pikiran mereka menjadi sia-sia dan hati mereka yang bodoh menjadi gelap. 22 Mereka berbuat seolah-olah mereka penuh hikmat, tetapi mereka telah menjadi bodoh. 23 Mereka menggantikan kemuliaan Allah yang tidak fana dengan gambaran yang mirip dengan manusia yang fana, burung-burung, binatang-binatang yang berkaki empat atau binatang-binatang yang menjalar. 24 Karena itu Allah menyerahkan mereka kepada keinginan hati mereka akan kecemaran, sehingga mereka saling mencemarkan tubuh mereka. 25 Sebab mereka menggantikan kebenaran Allah dengan dusta dan memuja dan menyembah makhluk dengan melupakan Penciptanya yang harus dipuji selama-lamanya, amin. 26 Karena itu Allah menyerahkan mereka kepada hawa nafsu yang memalukan, sebab isteri-isteri mereka menggantikan persetubuhan yang wajar dengan yang tak wajar. 27 Demikian juga suami-suami meninggalkan persetubuhan yang wajar dengan isteri mereka dan menyala-nyala dalam berahi mereka seorang terhadap yang lain, sehingga mereka melakukan kemesuman, laki-laki dengan laki-laki, dan karena itu mereka menerima dalam diri mereka balasan yang setimpal untuk kesesatan mereka. 28 Dan karena mereka tidak merasa perlu untuk mengakui Allah, maka Allah menyerahkan mereka kepada pikiran-pikiran yang terkutuk, sehingga mereka melakukan apa yang tidak pantas: 29 penuh dengan rupa-rupa kelaliman, kejahatan, keserakahan dan kebusukan, penuh dengan dengki, pembunuhan, perselisihan, tipu muslihat dan kefasikan. 30 Mereka adalah pengumpat, pemfitnah, pembenci Allah, kurang ajar, congkak, sombong, pandai dalam kejahatan, tidak taat kepada orang tua, 31 tidak berakal, tidak setia, tidak penyayang, tidak mengenal belas kasihan. 32 Sebab walaupun mereka mengetahui tuntutan-tuntutan hukum Allah, yaitu bahwa setiap orang yang melakukan hal-hal demikian, patut dihukum mati, mereka bukan saja melakukannya sendiri, tetapi mereka juga setuju dengan mereka yang melakukannya. (RSV)

 

Ayat 26 menunjukkan ini juga dipakaikan kepada hubungan lesbian.

 

Hubungan sesama sendiri

 

Iblis setan berusaha merosakkan konsep perkahwinan untuk menghalang bangsa-bangsa daripada memelihara hukum.

 

1Timotius 4:1-3 Tetapi Roh dengan tegas mengatakan bahwa di waktu-waktu kemudian, ada orang yang akan murtad lalu mengikuti roh-roh penyesat dan ajaran setan-setan 2 oleh tipu daya pendusta-pendusta yang hati nuraninya memakai cap mereka. 3 Mereka itu melarang orang kawin, melarang orang makan makanan yang diciptakan Allah supaya dengan pengucapan syukur dimakan oleh orang yang percaya dan yang telah mengenal kebenaran. (RSV)

 

Semua kita bertanggungjawab berkelakuan terhadap semua orang seolah-olah mereka keluarga.

 

1Timotius 5:1-16 Janganlah engkau keras terhadap orang yang tua, melainkan tegorlah dia sebagai bapa. Tegorlah orang-orang muda sebagai saudaramu, 2 perempuan-perempuan tua sebagai ibu dan perempuan-perempuan muda sebagai adikmu dengan penuh kemurnian. 3 Hormatilah janda-janda yang benar-benar janda. 4 Tetapi jikalau seorang janda mempunyai anak atau cucu, hendaknya mereka itu pertama-tama belajar berbakti kepada kaum keluarganya sendiri dan membalas budi orang tua dan nenek mereka, karena itulah yang berkenan kepada Allah. 5 Sedangkan seorang janda yang benar-benar janda, yang ditinggalkan seorang diri, menaruh harapannya kepada Allah dan bertekun dalam permohonan dan doa siang malam. 6 Tetapi seorang janda yang hidup mewah dan berlebih-lebihan, ia sudah mati selagi hidup. 7 Peringatkanlah hal-hal ini juga kepada janda-janda itu agar mereka hidup dengan tidak bercela. 8 Tetapi jika ada seorang yang tidak memeliharakan sanak saudaranya, apalagi seisi rumahnya, orang itu murtad dan lebih buruk dari orang yang tidak beriman. 9 Yang didaftarkan sebagai janda, hanyalah mereka yang tidak kurang dari enam puluh tahun, yang hanya satu kali bersuami 10 dan yang terbukti telah melakukan pekerjaan yang baik, seperti mengasuh anak, memberi tumpangan, membasuh kaki saudara-saudara seiman, menolong orang yang hidup dalam kesesakan--pendeknya mereka yang telah menggunakan segala kesempatan untuk berbuat baik. 11 Tolaklah pendaftaran janda-janda yang lebih muda. Karena apabila mereka sekali digairahkan oleh keberahian yang menceraikan mereka dari Kristus, mereka itu ingin kawin 12 dan dengan memungkiri kesetiaan mereka yang semula kepada-Nya, mereka mendatangkan hukuman atas dirinya. 13 Lagipula dengan keluar masuk rumah orang, mereka membiasakan diri bermalas-malas dan bukan hanya bermalas-malas saja, tetapi juga meleter dan mencampuri soal orang lain dan mengatakan hal-hal yang tidak pantas. 14 Karena itu aku mau supaya janda-janda yang muda kawin lagi, beroleh anak, memimpin rumah tangganya dan jangan memberi alasan kepada lawan untuk memburuk-burukkan nama kita. 15 Karena beberapa janda telah tersesat mengikut Iblis. 16 Jika seorang laki-laki atau perempuan yang percaya mempunyai anggota keluarga yang janda, hendaklah ia membantu mereka sehingga mereka jangan menjadi beban bagi jemaat. Dengan demikian jemaat dapat membantu mereka yang benar-benar janda.

 

Perkahwinan ialah pusat masyarakat. Kalaulah kita belajar berhubung dengan pasangan kita dan mengajar anak-anak kita dengan betul seperti yang ditetapkan dalam Alkitab, kita, sebagai sebahagian masyarakat, akan membentuk mula-mula sekali sebuah kumpulan, kemudian sebuah negara, dan akhirnya satu dunia yang akan memantulkan ajaran Kristus. Kekristianan akan menurut erti sebenarnya dan akan ada satu Tuhan dan satu iman.

 

Efesus 4:4-6satu tubuh, dan satu Roh, sebagaimana kamu telah dipanggil kepada satu pengharapan yang terkandung dalam panggilanmu, 5 satu Tuhan, satu iman, satu baptisan, 6 satu Allah dan Bapa dari semua, Allah yang di atas semua dan oleh semua dan di dalam semua. (RSV)

q